Majlis akikah anak Boboi (kiri) dan kanan Rias bersama Akil (anak Udin)
Akhirnya Fa-iz dapatkan juga card reader selepas kabel kamera entah hilang kemana. Pada penghujung bulan Julai Fa-iz seisi keluarga berkesempatan hadir ke majlis akikah di Kolej Jati, UiTM, Shah Alam. Rumah maklang Yati (sepupu ibu).
Boboi (dua pupu Fa-iz dan juga panggilan semasa dia kecil) kini sudah punyai anak juga. Bila dikenang semula, kami yang sama-sama membesar semasa kecil dahulu kini semua sudah mempunyai tanggungjawab sendiri. Teringat saat zaman kecil kami bermain di rumah atok Usop di Kampung Kundang mahupun di Sg. Pinang, Klang. Bersama-sama ucu Tajul, auntie Linda, Udin, Deli, Boboi, Noren dan lain-lain berkejaran sekeliling rumah dan sebagainya. Itulah kami, zaman kanak-kanak yang sangat ceria bila diingati. Namun bila remaja dan lepas belajar masing-masing buat hal sendiri. Yang ada hanyalah tinggalan kepingan gambar yang mengisahkan 'keakraban' kami semasa kecil.
Fa-iz ketika kecil bersama dua pupu dan auntie dan ucu
Ekspo Agro Bio-TechPada hujung minggu yang sama, Fa-iz berkesempatan pergi ke tapak Ekspo Agro Bio-Tech yang berlangsung di bekas tapak kem Paroi.
No comments:
Post a Comment