Kebanggan Fa-iz Sekeluarga

28 July 2009

N9futbol.com

Terjumpe pulak gambar ni dalam pc. Memula tadi nak transfer gambar-gambar yang diambil semasa Ekspo Bio-Tech sempena Hari Peladang berhampiran rumah Fa-iz. Puas mencari kabel yang menyambungkan kamera - komputer. Sampai ke sudah tak jumpa jugak. Begitulah kebiasaannya time kita tak memerlukannya bersepah di depan mata tapi bila nak menggunakannya hilang entah ke mana.

Gambar di atas ini adalah Majlis Santai yang dihadiri Fa-iz bersama kawan-kawan dari N9futbol yang bertujuan merapatkan silaturrahim antara sesama ahli keluarga. Komuniti yang terbina sejak 5 tahun lalu kini semakin berkembang dan Fa-iz antara yang sama-sama terawal dalam komuniti ini merasakan akan kemajuan yang dialami.

Tahniah untuk diri sendiri! hehehe

21 July 2009

Hari Ini Cuti

Fa-iz EL hari ni! perlu menghantar Ajit dan Rias ke klinik kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan bulanan mereka. Ajit mendapat satu suntikan manakala Rias hanya pemeriksaan biasa. Aghhhhh...tensionnya!!! bayangkan hanya untuk urusan itu sahaja lebih dua jam diperlukan untuk selesai? Bukan Fa-iz tak dapat terima orang yang ramai di klinik tapi melihat kepada prosedur yang dilakukan seperti ada yang tak kena sepatutnya mereka kena permudahkanlah...orang ramai so kenalah kurangkan prosedur, ini tidak masuk bilik sana masuk bilik sini...tunggu, tunggu dan tunggu (bila tunggu berjam pulak tu)...Ahhh pening kepala malaslah nak fikir!

Sebelah petang Fa-iz ke pejabat ROS di bangunan YNS. Sekarang ini Fa-iz dalam proses perbincangan dengan kawan-kawan untuk menubuhkan sebuah e-fans club. Setelah difikirkan sedalam-dalamnya ada baiknya e-fans ini didaftarkan memandangkan usia e-fan ini dah lebih 5 tahun. Sukar sebenarnya untuk kami bergerak dalam 'komuniti' yang tak ada hitam putih ini. Inisiatif ini Fa-iz usahakan agar e-fans ini dapat seiring dengan kelab-kelab yang seumpamanya. Hasil pertanyaan Fa-iz dengan staff ROS ini sedikit sebanyak membuka jalan untuk Fa-iz belajar bagaimana cara untuk mendaftarkan pertubuhan walaupun sebenarnya Fa-iz agak kurang berpuashati dengan cara penerangannya. Apa yang diterangkannya hanya meng'confirm'kan apa yang telah Fa-iz perolehi dari internet. Bila tanya lebih detail lagi jawapannya daftar dulu nanti baru boleh bincang dengan pegawai.

*Terima kasih pada Zul dan Naz yang sudi menemankan Fa-iz ke pejabat ROS.

06 July 2009

Coming Soon...Insyallah


Doakan semuanya dalam keadaan sihat baik Fiza mahupun kandungannya, juga diberikan kekuatan dalam mengharungi kehidupan seharian bersama kakak dan ajit.

Countdown : Ajit sudah 1 tahun




10 Julai ini maka genaplah usia Fa-iz Jr., Uwaiz Razique satu tahun, hanya beza sekitar 2 minggu sahaja dari birthday kakaknya (23 Jun). Di usia ini Ajit masih tak pandai bertatih hanya baru pandai merangkak. Berdiri dan berjalan sambil menyusuri meja, kerusi, tv dan seterusnya melekat di dinding. Duduk dan merangkak ke dapur mencari bondanya. Senyuman yang manis tapi saat seriusnya masam mencuka. Duduk dan berdirinya sudah sama tinggi dan kakaknya dan saling membuli antara satu sama lain.

SKS : Pucuk Dicita Ulam Mendatang

Mulai awal Julai ini Fa-iz tak perlu lagi ke Terminal 1 untuk mengambil bas ke KL sebaliknya SKS telah menawarkan khidmat mengambil penumpang berhampiran rumah Fa-iz. Tahniah SKS!

01 July 2009

Happy Birthday Kakak - 23.6.2009



Rasanya tidak terlewat untuk abah dan bonda ucap happy birthday kat kakak. Sedihnya kali ini sambut besday di wad KPJ Seremban. Ringkas cerita, 3 hari selepas abis kenduri kahwin adik Fa-iz kakak Rias masih tidak 'kurang' demamnya walaupun sudah mengambil ubat demam yang mana mula dikesan pada malam kenduri (20 Jun). Mungkin cuaca yang agak panas dan kesibukan kakak bermain hingga menyebabkan badannya panas. Malam tu ketika Fa-iz sibuk pasang signboard jalan ke rumah, kakak muntah-muntah tidak kurang dari 3 kali. Pukul 3 pagi Fa-iz bawa ke klinik berhampiran.

Esok dan lusanya sibuk kenduri dan ke Melaka, keadaan kakak on-off dengan demam panasnya. Tiga hari selepas kenduri masih tak ada kurangnya Fa-iz terus decide hantar pergi check di Hospital Pakar Seremban (KPJ) hasilnya doktor kesan ada sedikit kuman di paru-paru kakak.

Genap seminggu dari hari kenduri - Kakak Rias dibenarkan keluar selepas 4 malam di wad bersama bondanya di sana. Mujurlah ada mak mertua Fa-iz masih tidak pulang lagi ke kampung dapatlah juga sama-sama tolong menjaga Ajit. Memang banyak dugaan selepas kenduri adik Fa-iz ni. Pada masa yang sama ayahanda Fa-iz juga demam teruk (suspek denggi), minggu ni boleh dikatakan mamang minggu yang agak sibuk dan runsing juga bila memikirkan ayahanda dan anakanda sakit. Mujurlah kini semuanya sudah sihat alhamdulillah.

Suka atau tidak layan jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@ Result