Kebanggan Fa-iz Sekeluarga

07 October 2009

Hari Raya Mempertemukan Kita Semua

Salam Aidilfitri

Walaupun sudah lama tak update tapi mood raya masih ada lagi, masih lagi di bulan Ramadhan. Alhamdulillah Fa-iz sekeluarga selamat balik ke kampung dan kembali semula meneruskan rutin harian seperti hari-hari sebelumnya. Cerita sepanjang perjalanan balik kampung yang agak sesak dengan kenderaan walaupun Fa-iz cuba balik di awal pagi 2 hari sebelum raya. Bayangkan keluar seawal 2 pagi dari Seremban dan kami sampai di Perlis sekitar 11 pagi. Jalan jem yang 'ter'amat sangat. Pengalaman ini akan dijadikan panduan untuk pulang berhari raya pada masa hadapan.

Seminggu berhari raya di Perlis amat menyeronokkan, sederhana tetapi meriah. Peluang seminggu di sana digunakan sebaik mungkin menjejaki rakan-taulan yang ditinggalkan pada tahun 1997.

Sedikit ringkasan jadual Fa-iz sekeluarga berhari raya di Perlis/Kedah.

Raya pertama -
Selepas sembahyang Hari Raya seperti biasa kami akan jalan raya sekitar sekeliling rumah. Menjelang petang kami beraya di rumah Tok Jang Chin dan terus ke Kodiang rumah Pak Lah dodol. Sambil tu pergi melawat anaknya yang baru mendapat cahaya mata (Razak ex-Titi Besi). Sebelum pulang singgah di rumah kawan Fiza di Bohor Mali.

Kakak dan Ajit posing sebelum pi beraya
Raya kedua -
Tradisi ayah mertua Fa-iz akan pulang ke kampungnya di Bukit Raya. Kesempatan ini Fa-iz pergi rumah keluarga Idris dan Yaakob (Ex-Titi Besi). Sebelum tu kami beraya di rumah Abang Sharipudin di Alor Setar dan melawat Mak Lang yang lumpuh di Permatang Ibus. Sempat juga ziarah raya di rumah Sodri (Ex-Lepai). Malam balik ke Perlis.


Beza dulu dan kini (kiri 1996, kanan 2009)
Raya ketiga -
Kami ke Kedah lagi tapi kali ini kami empat beranak je. Mula-mula pergi rumah kenalan ayah Pakcik Zuki (anaknya sama sekolah di Seremban semasa mereka menetap di sini) di Tunjang. Kesempatan di Jitra Fa-iz ke rumah rakan sepejabat di Taman Mahsuri, Tanah Merah, Jitra dan seterusnya rakan lama yang lama tak jumpa Azimi (gambar atas) juga di Tanah Merah. Selepas tu ke rumah cikgu Mat yang juga kenalan ayah dan pernah juga mengajar Fa-iz di Titi Besi. Sebelum balik ke Perlis kami ke rumah sepupu Fiza di Sintok. Jalan raya sakan rasanya hari ni...


Raya keempat -
No Planning jalan raya! Ghayo di Padang Bosa poittt! shoping sakan takla tapi setakat dua biji toto tu adola. Balik dari PB singgah di umah Makngah Fiza di Kangar. Singgah di rumah Kak Yali dan umah Makcik Sayang masing-masing tiada di rumah.



Pertemuan Ex-Lepai di rumah Paklang Leman (Atas kiri gambar raya 2009, atas kanan/bawah gambar simpanan tahun bila ntah?)



Gambar atas sekali pada tahun 1997, (kiri) bangunan sedang disiapkan. (Kanan) Manalah hang pa sekarang ni?


Raya di rumah YAB Menteri Besar Kedah

Raya kelima -
Ermmm. Beraya di Kg. Padang Watt rumah Paklang Leman. Majlis beraya yang dirancang mengumpulkan rakan-rakan lama semasa belajar di Lepai. Kebetulan ada open house rumah Menteri Besar Kedah, singgah sat kat situ di Mentaloon. Terlupa pulak! Fa-iz sempat melawat sekolah lama Fa-iz di Titi Besi, nak jumpa cikgu / ustaz takut tak kenal pulak. On the way balik singgah lagi rumah YB Ustaz Hashim Jasin, dia takda tapi mujur Kak Sarah kenal dengan Fiza.

Raya keenam -
Hari Jumaat, lepak rumah tidoq. Tak pusing mana-mana.

Sabtu -
Balik ke Seremban. Singah beraya rumah Zul di Galeri Sri Perdana (Ex-Lepai) dan rumah Pak Uda di Kajang.

Suka atau tidak layan jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@ Result