Kebanggan Fa-iz Sekeluarga

21 July 2008

Puteraku Uwais Razique (10.07.2008)

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah Tuhan yang Mencipta Makhluk di Muka Bumi untuk Sujud kepada-Nya.

10 Julai 2008, lahirlah seorang putera Uwais Razique tepat jam 11.36 pagi. Dengan berat 3.1 kg, isteriku selamat melahirkannya secara normal di Pusat Perubatan Kohilal, Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kini tanggungjawab kami semakin berat dalam mendidik dan mengasuh kedua-dua putera dan puteri kami agar menjadi seorang insan yang taat dan patuh kepada ajaran-Nya. Doakan kami agar diberikan kekuatan dan ketabahan dalam memberi tunjuk ajar kepada mereka.

01 July 2008

Al-fatihah untuk arwah 'Aruk'


Hari ini genap satu minggu arwah Fairul aka 'Aruk' meninggalkan kita. Arwah dikhabarkan meninggal secara mengejut dirumahnya sebelum disahkan meninggal di hospital. Secara peribadi aku memang tak close sangat dengan arwah tapi kami bekerja di tingkat yang sama, kadang-kadang saja aku bertegur sapa itupun ketika terserempak di tempat punch card, restroom mahupun di lif. Pada aku arwah seorang yang sangat rajin bekerja, peramah dan baik hati.
Di kesempatan ini diucapkan takziah kepada keluarga arwah Aruk dan juga pada sesiapa yang mengenali beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Amin. Al-fatihah

Suka atau tidak layan jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@ Result