Kebanggan Fa-iz Sekeluarga

05 December 2010

Anak-anakku...

2011 :
Abah 3* tahun - 20 Januari
Bonda 3* tahun - 01 Ogos
Kakak 4 tahun - 23 Jun
Abang 3 tahun - 10 Julai
Adik 1 tahun - 08 Januari

Walaupun ada 3 minggu lebih lagi nak abis tahun 2010. Tapi lebih baik Fa-iz post awal. Bukan apa fenomena FB membuatkan blog semakin terpinggir. Tapi sayang juga kalau tak diupdate. Mana tau kot2 ada peminat yang jengah!

Ketika ini Uzair Wafique a.k.a. si adik baru jer pandai merangkak menggunakan lutut, dah mula berdiri tapi masih takut untuk melangkah. Mudah-mudahan genap setahun atau setahun lebih-lebih sikit adik boleh berjalan yeee!

Kakak dan abang...macam biasalah budak-budak...kakak nampak lembut tapi agak kasar berbanding abang ajit yang kuat celoteh dan manja...ajit selalu mengalah dengan kakak tapi bila naik angin dia...kakak pun abis dia belasah...anak oh anak!...tak sabar abah dan bonda nak tunggu korang besar dan remaja...

08 August 2010

Uzair Wafique - 7 bulan

Wafique (kiri) bersama adik sepupunya Huda

Hari ini Wafique genap 7 bulan. Boleh tahan juga kerenah si kecik ni...tak boleh langsung jauh dari pandangan bonda...susahlah Abah camni Apik! hehehe...(nama panggilan abang Ajit kepada Wafique). Abah sayang Wafique, sayang Razique dan sayang Riaszahra!

Ya Allah! kami bersyukur dengan rezeki yang Kau kurniakan.

30 April 2010

Lagi penantian berakhir...

Mungkin agak terlewat untuk memasukkan entry ini, tapi tak mengapalah. Mungkin keghairahan sambutan Piala FA ini tak sehebat sambutan Piala Malaysia seperti tahun lepas menyebabkan Fa-iz sendiri agak suam-suam kuku. Walaubagaimanapun Fa-iz seisi keluarga berpeluang merayakan kejayaan Negeri Sembilan menjulang Piala FA kali kedua dalam tempoh 7 tahun. Lebih manis kali ini Wafique turut serta bergambar..

Tahniah untuk diri sendiri!

26 March 2010

Wafique 2 bulan lebih sudah...


Gambar bawah tak berbaju diambil pada 14.03.2010 (DOB : 08.01.2010)

Diam tak diam Wafique sudah menjangkau usia lebih 2 bulan. Sayang betul kakak dan abang Ajit kat Wafique, pantang disuruh pasti mereka akan membantu biarpun dengan cara mereka. Sudah dua kali Ajit mengangkat adiknya turun dari katil dan kerusi. Mengucap panjang bondanya bila melihat Wafique sudah berada dibawah. Mujur takde perkara buruk yang berlaku. Sejak itu perlakuan abang Ajit sentiasa dipantau, kakak Rias pun boleh tahan 'leter'nya sejak akhir-akhir ini. Bikin Wafique 'temper'! Nak tidur ada je yang di'pot pet pot pet' kakaknya.

Itulah kisah anak-anak Fa-iz sejak mereka sudah ber-adik. Masing-masing cuba mengambil hati dan menunjukkan perasaan kasih sayang kepada adik mereka. Memang tak menang tangan nak melayan kesemuanya serentak. Syukur sangat melihat Fiza mampu meng'handle' perangai mereka ini. Kalau dibiarkan kepada abahnya ini, silap2 ada yang akan call Teledera. - bersambung~

17 March 2010

[Iklan] Raise Yourself To Help Mankind

Siri Penerangan Bio Disc
Setiap hari Khamis malam Jumaat


Masa : 9.30 malam
Tempat : No. 234, Jalan Palma Jaya 7, Taman PJ Perdana,
Paroi, Seremban, Negeri Sembilan

Pertanyaan lanjut 06.679.6925 / 012.9233.696
www.quest.net.my / Ref : MY130580

23 February 2010

Jom try Bio Disc !


Apa benda pulak ni? Fa-iz sedang berusaha untuk mengenali lebih lanjut terutamanya untuk memahami teknik penggunaan dan cara rawatan bagi setiap penyakit...dengan kaca Bio Disc sudah ramai yang dapat manfaatnya InsyaAllah...untuk maklumat lanjut boleh call 012-9233696...

20 February 2010

Uzair Wafique - Permata Hatiku yang Ketiga

Hari ini (Sabtu, 20.02.2010) genaplah usia Uzair Wafique sudah 44 hari.

Dilahirkan pada jam 2.39 pagi tanggal 08 Januari 2010 di Pusat Perubatan Kohilal, Taman Melawati, Kuala Lumpur. Seperti kakak Rias dan abang Ajit, Uzair Wafique turut disambut oleh doktor Siti Junaidah. Terima kasih doktor, walaupun tidak lagi berkhidmat di sini tapi masih sudi memenuhi permintaan kami.

Diari kelahiran Uzair Wafique
Selepas Subuh 07.02.2010 kami menuju ke Kohilal dari Seremban, sejak jam 3.00 pagi Fiza sudah berasa kesakitan. Alhamdulillah perjalanan lancar. Sampai di klinik terus buat pemeriksaan. Opsss tiada lagi bukaan! tapi tanda-tanda kelahiran memang nampak macam ada. Ermmm takkan nak balik Seremban? actually 08hb due yang sebenar, tapi based pada kelahiran sebelum ini kedua-duanya lahir awal dari jangkaan. Selepas berbincang kami decide lepas lunch baru nak admit Fiza dalam wad. Sementara itu menunggu tengahari pusing-pusing sekitar Gombak dan Wangsa Maju. Tak tau nak kemana dan akhirnya lepak di Restoran Taqwa.

Selepas lunch, kami pergi semula ke Kohilal dan terus admit. Disebabkan nak doktor Siti yang sambut so kena setting time agar dapat deliver selepas pukul 10.00 malam. Lepas Asar baru start masuk ubat tapi masa ni bukaan dah 1-2 cm. Ok la seperti dijangka. Memasuki waktu malam semakin mendebarkan, bukaan masih sama @ tak banyak beza. Doktor Siti tiba lebih kurang jam 11.00 malam baru Fa-iz rasa cool sikit. Menjelang tengah malam bukaan dah 8 cm tapi masih belum sesuai untuk deliver. Alhamdulillah Fiza masih mampu bertahan, degup jantung baby masih kuat walaupun air ketuban telah dikeluarkan lebih awal. Akhirnya tepat 2.39 pagi, Uzair Wafique selamat dilahirkan dengan berat 2.9 kilogram. Debaran berakhir, kini seorang lagi puteraku menjadi permata hati kami sekeluarga.

15.02.2010 - Kenduri Aqiqah, doa selamat dan tahniq
Bezanya dengan kakak dan ajit kenduri aqiqah mereka dilakukan pada hari ketujuh. Kesibukan dan tiada masa yang sesuai menyebabkan kenduri aqiqah Uzair Wafique kali ini dibuat di kampung. Alhamdulillah juga ustaz Hashim Jasin, YB Sanglang sudi sekali lagi untuk mentahniq Uzair Wafique. Semoga menjadi anak yang soleh dan insan yang taat dan patuh kepada ajaran Islam.

Suka atau tidak layan jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@ Result