Kebanggan Fa-iz Sekeluarga

31 December 2009

Selamat Tinggal 2009, Selamat Datang 2010!

2009 banyak kenangan manis...kenangan terindah...Malaysia Cup!

Semoga 2010 lebih baik dari 2009...

Bye-bye 2009!!!

29 December 2009

Menghitung Hari...

Lama tak update di sini...memang berhantu betul FB ni...laman sosial yang membuatkan Fa-iz terjebak mencari teman-teman lama...masa mula-mula buka akaun di FB memang dah niat di hati FB ni sekadar nak urus fans page tapi lama2 terpesong jugak dari maksud asalnya...hahaha...

Tapi takpela...nak buat camne...kena ikut trend...xleh la nak 'berkeras' sangat dengan teknologi...yang baik kita ambil...yang boleh memudaratkan diri kita jauhkan...

Dua hari lagi 2009 akan meninggalkan kita...2010 akan muncul dan seperti tahun sebelum2nya azam baru terus disematkan setiap kali menjelang tahun baru...samada apa yang disematkan setiap tahun tercapai atau termakbul hanya diri kita sendiri yang mengetahui...mungkin banyak perkara yang tertangguh tahun ini dapat dilangsaikan tahun 2010...

Waktu ini Fa-iz masih menanti detik kelahiran cahaya mata yang ketiga...mungkin hari ini, esok ataupun tahun baru...2010 memberikan Fa-iz lebih tanggungjawab selain membahagiakan keluarga serta mendidik Kakak dan Ajit...sama-sama doakan keselamatan dan kesihatan Fiza...setiap hari yang dilalui penuh dengan debaran...menghitung hari bilakah 'si junior' ini akan melihat dunia...

15 November 2009

Bz yang terlampau selepas raya (Part II)

Gambar-gambar berikut ialah gambar sekitar aktiviti sebelum final dan juga gambar di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tarikh keramat 07 November 2009.


Sejarah terukir, penantian 61 tahun berakhir...

Bz yang terlampau selepas raya (Part I)

Salam 1Malaysia...

1st sekali Fa-iz lafazkan kemaafan atas kesibukan untuk mengupdate blog ini. hehehe (macam la ada org yg masuk blog ni...perasan). Kesibukan dengan aktiviti sosial yang bermula seminggu selepas Aidilfitri. Apakah aktiviti itu??? Aktiviti itu ialah menonton bola sepak Piala Malaysia dan menganjurkan pelbagai aktiviti2 sampingan yang lain antaranya rombongan, konvoi, promosi dan pelbagai lagi. Semuanya aktiviti yang dilakukan amat berbaloi-baloi apabila diakhiri dengan kejayaan. Piala Malaysia piala kebangaan menjadi dakapan Fa-iz...

Atas : Gambar-gambar masa rombongan ke Alor Setar (24.10.2009)


Atas : Gambar-gambar di SSINS, Kuala Terengganu sempena separuh akhir kedua Piala Malaysia (31.10.2009)
Bawah : Promosi final Piala Malaysia di radio Era - Rentak Muzik Terkini

07 October 2009

Hari Raya Mempertemukan Kita Semua

Salam Aidilfitri

Walaupun sudah lama tak update tapi mood raya masih ada lagi, masih lagi di bulan Ramadhan. Alhamdulillah Fa-iz sekeluarga selamat balik ke kampung dan kembali semula meneruskan rutin harian seperti hari-hari sebelumnya. Cerita sepanjang perjalanan balik kampung yang agak sesak dengan kenderaan walaupun Fa-iz cuba balik di awal pagi 2 hari sebelum raya. Bayangkan keluar seawal 2 pagi dari Seremban dan kami sampai di Perlis sekitar 11 pagi. Jalan jem yang 'ter'amat sangat. Pengalaman ini akan dijadikan panduan untuk pulang berhari raya pada masa hadapan.

Seminggu berhari raya di Perlis amat menyeronokkan, sederhana tetapi meriah. Peluang seminggu di sana digunakan sebaik mungkin menjejaki rakan-taulan yang ditinggalkan pada tahun 1997.

Sedikit ringkasan jadual Fa-iz sekeluarga berhari raya di Perlis/Kedah.

Raya pertama -
Selepas sembahyang Hari Raya seperti biasa kami akan jalan raya sekitar sekeliling rumah. Menjelang petang kami beraya di rumah Tok Jang Chin dan terus ke Kodiang rumah Pak Lah dodol. Sambil tu pergi melawat anaknya yang baru mendapat cahaya mata (Razak ex-Titi Besi). Sebelum pulang singgah di rumah kawan Fiza di Bohor Mali.

Kakak dan Ajit posing sebelum pi beraya
Raya kedua -
Tradisi ayah mertua Fa-iz akan pulang ke kampungnya di Bukit Raya. Kesempatan ini Fa-iz pergi rumah keluarga Idris dan Yaakob (Ex-Titi Besi). Sebelum tu kami beraya di rumah Abang Sharipudin di Alor Setar dan melawat Mak Lang yang lumpuh di Permatang Ibus. Sempat juga ziarah raya di rumah Sodri (Ex-Lepai). Malam balik ke Perlis.


Beza dulu dan kini (kiri 1996, kanan 2009)
Raya ketiga -
Kami ke Kedah lagi tapi kali ini kami empat beranak je. Mula-mula pergi rumah kenalan ayah Pakcik Zuki (anaknya sama sekolah di Seremban semasa mereka menetap di sini) di Tunjang. Kesempatan di Jitra Fa-iz ke rumah rakan sepejabat di Taman Mahsuri, Tanah Merah, Jitra dan seterusnya rakan lama yang lama tak jumpa Azimi (gambar atas) juga di Tanah Merah. Selepas tu ke rumah cikgu Mat yang juga kenalan ayah dan pernah juga mengajar Fa-iz di Titi Besi. Sebelum balik ke Perlis kami ke rumah sepupu Fiza di Sintok. Jalan raya sakan rasanya hari ni...


Raya keempat -
No Planning jalan raya! Ghayo di Padang Bosa poittt! shoping sakan takla tapi setakat dua biji toto tu adola. Balik dari PB singgah di umah Makngah Fiza di Kangar. Singgah di rumah Kak Yali dan umah Makcik Sayang masing-masing tiada di rumah.



Pertemuan Ex-Lepai di rumah Paklang Leman (Atas kiri gambar raya 2009, atas kanan/bawah gambar simpanan tahun bila ntah?)



Gambar atas sekali pada tahun 1997, (kiri) bangunan sedang disiapkan. (Kanan) Manalah hang pa sekarang ni?


Raya di rumah YAB Menteri Besar Kedah

Raya kelima -
Ermmm. Beraya di Kg. Padang Watt rumah Paklang Leman. Majlis beraya yang dirancang mengumpulkan rakan-rakan lama semasa belajar di Lepai. Kebetulan ada open house rumah Menteri Besar Kedah, singgah sat kat situ di Mentaloon. Terlupa pulak! Fa-iz sempat melawat sekolah lama Fa-iz di Titi Besi, nak jumpa cikgu / ustaz takut tak kenal pulak. On the way balik singgah lagi rumah YB Ustaz Hashim Jasin, dia takda tapi mujur Kak Sarah kenal dengan Fiza.

Raya keenam -
Hari Jumaat, lepak rumah tidoq. Tak pusing mana-mana.

Sabtu -
Balik ke Seremban. Singah beraya rumah Zul di Galeri Sri Perdana (Ex-Lepai) dan rumah Pak Uda di Kajang.

19 September 2009

Salam Aidilfitri

Pada kesempatan malam 29 Ramadhan ini Fa-iz ingin merakamkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga amalan kita pada bulan Ramadhan ini diberkati seterusnya dapat merayakan kegembiraan dengan penuh kesyukuran.

Pada seluruh ahli keluarga Fa-iz dan rakan-rakan yang mengenali Fa-iz salam kemaafan dipohon, halalkan makan minum dan sama-sama kita saling memaafi. Salam Aidilfitri.

09 September 2009

09.09.2009

Salam 1Malaysia!

Tarikh yang mudah untuk diingati. Bersamaan 19 Ramadhan 1430 Hijrah.

Beberapa hari lagi menjelang Aidilfitri, pastinya semua sibuk membuat persediaan. Tapi Fa-iz masih belum membeli apa-apa lagi. Keperluan kakak dan ajit yang sedang difikirkan terlebih dahulu. Hujung minggu ni mungkin sibuk sikit kerana perlu menghantar kereta untuk diservis, bayar segala bil dan segala macam perkara yang perlu dibuat sebagai persediaan untuk pulang berhari raya di Perlis.

Insyallah, perancangan untuk balik ke Perlis pada seawal pagi Sabtu, mungkin sebelum sahur atau selepas tengah malam. Jumaat masih lagi bekerja, tujuan balik pada waktu ini agar dua orang co-pilot (kakak dan ajit) tak mengganggu abahnya yang sedang memandu.

Perjalanan jauh sebegini perlukan rehat yang cukup disamping persediaan kenderaan yang rapi. Doakan semuanya berjalan lancar. Ok Fa-iz chow dulu.

04 September 2009

Iftar Jama'ie N9futbol & Salam Takziah




Sempena bulan Ramadhan ini komuniti e-Penyokong Bolasepak N9 sempat mengadakan majlis berbuka puasa bersama bagi tujuan mengeratkan tali silaturrahim antara ahli komuniti. Terima kasih semua. Semoga kita berjumpa lagi di lain masa.

Salam Takziah
Pada kesempatan ini Fa-iz merakamkan salam takziah kepada Hj. Alwi dan Hj. Idris di atas kehilangan orang yang tersayang di bulan Ramadhan ini. Doktor Noorfiza isteri kapada Hj. Alwi meninggal dunia setelah koma 3 minggu akibat diserang H1N1. Pakcik Alwi dan arwah isterinya merupakan kenalan keluarga ayahanda Fa-iz yang juga antara tetamu yang menghadiri kenduri kahwin adik Fa-iz dua bulan lebih yang lalu. Begitu juga dengan Hj. Idris (panggilan atok) atas kehilangan anakandanya akibat kemalangan jalanraya. (Rumah Hj Idris ini berhampiran lampu isyarat di Pekan Rembau, trademark rumah ini ada banyak bendera). Semaga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Sesungguhnya dari-Nya kita datang dan kepada-Nya kita kembali. Sama-sama kita sedekahkan ummul kitab Al-Fatihah.

22 August 2009

Warkah dari Masjid Negara

Warkah ini bukanlah diterbitkan oleh pihak Masjid Negara tapi Fa-iz kutip di tangga masjid selepas sembahyang jumaat tadi. Ada kebenaran dalam mesej yang disampaikan. Saat negara mengalami kegawatan ekonomi masih ada pihak yang tak prihatin, hanya terus memikirkan keuntungan tanpa belas ihsan. Nak boikot atau tidak melanggan terus adalah mustahil. Ikut cara Fa-iz dengan hanya melanggan pakej minimum atau yang paling murah yang berharga RM37++. Abaikan saluran sukan terutamanya bola. Nak tengok sangat pergi sahaja ke warung-warung mamak. Sambil merasai nikmat secawan Radix. Mai secawan! Ahakzzz~

12 August 2009

Ajit dah nak berjalan...

Sejak balik dari Tiara Beach Resort hujung minggu lepas, Ajit dah mula berani melangkah tanpa berpaut pada dinding atau kerusi lagi. Hanya berpaut untuk berdiri dan seterusnya berjalan berpusing di dalam rumah. Gian nampaknya bila dah boleh berjalan. Seminggu dua lagi bila dah boleh bangun sendiri pastinya Fiza tak menang tangan untuk mengepung si kecil ini.

07 August 2009

Kenangan semasa kecil di Pulau Lumut

Entahla kenapa sejak akhir-akhir ini semangat untuk Fa-iz mengimbau kenangan semasa kecil begitu kuat. Baru semalam Fa-iz mengimbau kenangan bersama dua pupu semasa kami kecil, tetapi sedang sibuk membuat kerja ofis sambil menyelak-nyelak koleksi gambar dalam pc terjumpa pula dua keping yang Fa-iz kira ada nilai sejarah yang tersendiri. Lantas Fa-iz buat bandingan antara keduanya dan satukannya.
Surau Al-Muhammadiah, Kg. Teluk Nipah di Pulau Indah yang mana dahulunya dikenali sebagaiPulau Lumut. Surau ini diwakafkan oleh arwah atuk Fa-iz untuk kegunaan penduduk kampung. Satu masa dahulu atuk Fa-iz adalah guru agama di sini.
Lebih kurang 15 tahun dahulu tiada jalan masuk untuk ke pulau ini, hanya sampan atau bot menjadi pengangkutan rasmi, teringat semasa kecil begitu terujanya untuk balik ke kampung. Sebenarnya Fa-iz sendiri kurang pengalaman disini kerana arwah atuk meninggal dunia ketika Fa-iz baru berusia 4 tahun (1984).
Hanya kepingan gambar-gambar yang dapat mengimbau Fa-iz bersama arwah atuk. Selepas atuk tiada rumah dan surau ini diselenggara oleh Mak Yan dan adik beradik ibu yang lain. Sambung...

04 August 2009

Dua pupu dan tiga pupu

Rias bersama Tiga Pupu

Majlis akikah anak Boboi (kiri) dan kanan Rias bersama Akil (anak Udin)

Akhirnya Fa-iz dapatkan juga card reader selepas kabel kamera entah hilang kemana. Pada penghujung bulan Julai Fa-iz seisi keluarga berkesempatan hadir ke majlis akikah di Kolej Jati, UiTM, Shah Alam. Rumah maklang Yati (sepupu ibu).

Boboi (dua pupu Fa-iz dan juga panggilan semasa dia kecil) kini sudah punyai anak juga. Bila dikenang semula, kami yang sama-sama membesar semasa kecil dahulu kini semua sudah mempunyai tanggungjawab sendiri. Teringat saat zaman kecil kami bermain di rumah atok Usop di Kampung Kundang mahupun di Sg. Pinang, Klang. Bersama-sama ucu Tajul, auntie Linda, Udin, Deli, Boboi, Noren dan lain-lain berkejaran sekeliling rumah dan sebagainya. Itulah kami, zaman kanak-kanak yang sangat ceria bila diingati. Namun bila remaja dan lepas belajar masing-masing buat hal sendiri. Yang ada hanyalah tinggalan kepingan gambar yang mengisahkan 'keakraban' kami semasa kecil.

Fa-iz ketika kecil bersama dua pupu dan auntie dan ucu


Ekspo Agro Bio-Tech


Pada hujung minggu yang sama, Fa-iz berkesempatan pergi ke tapak Ekspo Agro Bio-Tech yang berlangsung di bekas tapak kem Paroi.

01 August 2009

Selamat Hari Lahir

Lilypie - Personal pictureLilypie

Alhamdulillah, hari ini 01 Ogos merupakan hari lahir Fiza. Teman Fa-iz sejak berumahtangga lebih 2 tahun yang lalu. Terima kasih atas pengorbanan menjaga anak-anak dan memahami kehidupan kita. Sayang, Selamat Hari Lahir.

28 July 2009

N9futbol.com

Terjumpe pulak gambar ni dalam pc. Memula tadi nak transfer gambar-gambar yang diambil semasa Ekspo Bio-Tech sempena Hari Peladang berhampiran rumah Fa-iz. Puas mencari kabel yang menyambungkan kamera - komputer. Sampai ke sudah tak jumpa jugak. Begitulah kebiasaannya time kita tak memerlukannya bersepah di depan mata tapi bila nak menggunakannya hilang entah ke mana.

Gambar di atas ini adalah Majlis Santai yang dihadiri Fa-iz bersama kawan-kawan dari N9futbol yang bertujuan merapatkan silaturrahim antara sesama ahli keluarga. Komuniti yang terbina sejak 5 tahun lalu kini semakin berkembang dan Fa-iz antara yang sama-sama terawal dalam komuniti ini merasakan akan kemajuan yang dialami.

Tahniah untuk diri sendiri! hehehe

21 July 2009

Hari Ini Cuti

Fa-iz EL hari ni! perlu menghantar Ajit dan Rias ke klinik kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan bulanan mereka. Ajit mendapat satu suntikan manakala Rias hanya pemeriksaan biasa. Aghhhhh...tensionnya!!! bayangkan hanya untuk urusan itu sahaja lebih dua jam diperlukan untuk selesai? Bukan Fa-iz tak dapat terima orang yang ramai di klinik tapi melihat kepada prosedur yang dilakukan seperti ada yang tak kena sepatutnya mereka kena permudahkanlah...orang ramai so kenalah kurangkan prosedur, ini tidak masuk bilik sana masuk bilik sini...tunggu, tunggu dan tunggu (bila tunggu berjam pulak tu)...Ahhh pening kepala malaslah nak fikir!

Sebelah petang Fa-iz ke pejabat ROS di bangunan YNS. Sekarang ini Fa-iz dalam proses perbincangan dengan kawan-kawan untuk menubuhkan sebuah e-fans club. Setelah difikirkan sedalam-dalamnya ada baiknya e-fans ini didaftarkan memandangkan usia e-fan ini dah lebih 5 tahun. Sukar sebenarnya untuk kami bergerak dalam 'komuniti' yang tak ada hitam putih ini. Inisiatif ini Fa-iz usahakan agar e-fans ini dapat seiring dengan kelab-kelab yang seumpamanya. Hasil pertanyaan Fa-iz dengan staff ROS ini sedikit sebanyak membuka jalan untuk Fa-iz belajar bagaimana cara untuk mendaftarkan pertubuhan walaupun sebenarnya Fa-iz agak kurang berpuashati dengan cara penerangannya. Apa yang diterangkannya hanya meng'confirm'kan apa yang telah Fa-iz perolehi dari internet. Bila tanya lebih detail lagi jawapannya daftar dulu nanti baru boleh bincang dengan pegawai.

*Terima kasih pada Zul dan Naz yang sudi menemankan Fa-iz ke pejabat ROS.

06 July 2009

Coming Soon...Insyallah


Doakan semuanya dalam keadaan sihat baik Fiza mahupun kandungannya, juga diberikan kekuatan dalam mengharungi kehidupan seharian bersama kakak dan ajit.

Suka atau tidak layan jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@ Result