Kebanggan Fa-iz Sekeluarga

28 June 2009

Terima Kasih dari Kami Sekeluarga

Bagi pihak ayahanda, bonda dan seluruh anggota keluarga Fa-iz, kami merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada saudara-mara, jiran tetangga khususnya komuniti penduduk Taman Paroi Jaya dan Taman Palma Jaya Perdana. Juga kepada rakan-rakan ayahanda terutamanya rakan usrah Taman Dusun Setia. Paling tidak dilupakan Unit Amal Malaysia cawangan Negeri Sembilan dan semua individu-individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Kenduri Perkahwinan Anakanda Tuan Haji Mustafa bin Dolah pada 20 Jun 2009.

Ribuan terima kasih juga kepada mereka yang sudi meluangkan masa untuk hadir antaranya Dato' Yusof Dato' Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, YB Amiruddin, YB Taufek, Saudara Badrul Hisham dan seluruh kenalan ayahanda yang hadir samada yang jauh dari utara semenanjung mahupun dari pantai timur.

Terima kasih dari keluarga pengantin
Tuan Haji Mustafa & Ziti Zalaihah
Anak-anak
Ahmad Faizz & Norhafizah
Ahmad Farid Fadhli
Ahmad Ibad Muqarrab
Cucu-cucu
Riaszahra
Uwais Razique

Terima kasih juga dari pasangan pengantin
Izdzatun Nasyiah & Helmee

02 June 2009

Countdown : Riaszahra 2 tahun

21 hari lagi...

23 Jun ini genaplah 2 tahun usia kakak, 3 hari selepas makngahnya (panggil umi) melangsungkan perkahwinan. Dalam usia menghampiri 2 tahun kakak sudah memahami apa yang abah dan bondanya arahkan atau bualkan dan cukup mencuti hati kami dengan aksi tersendiri apabila menonton siri-siri kegemaran seperti Tom Tom Bak, Wonderpets dan Macam-Macam Aznil. Lebih daripada itu cukup beremosi apabila menonton drama airmata. Itulah antara ragam Riaszahra menjelang usia 2 tahun ini. Buah hati abah dan bonda. Flying kiss dari abah untuk kakak...mmmmuah mmuahhhh...

Suka atau tidak layan jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@ Result