07 October 2009

Hari Raya Mempertemukan Kita Semua

Salam Aidilfitri

Walaupun sudah lama tak update tapi mood raya masih ada lagi, masih lagi di bulan Ramadhan. Alhamdulillah Fa-iz sekeluarga selamat balik ke kampung dan kembali semula meneruskan rutin harian seperti hari-hari sebelumnya. Cerita sepanjang perjalanan balik kampung yang agak sesak dengan kenderaan walaupun Fa-iz cuba balik di awal pagi 2 hari sebelum raya. Bayangkan keluar seawal 2 pagi dari Seremban dan kami sampai di Perlis sekitar 11 pagi. Jalan jem yang 'ter'amat sangat. Pengalaman ini akan dijadikan panduan untuk pulang berhari raya pada masa hadapan.

Seminggu berhari raya di Perlis amat menyeronokkan, sederhana tetapi meriah. Peluang seminggu di sana digunakan sebaik mungkin menjejaki rakan-taulan yang ditinggalkan pada tahun 1997.

Sedikit ringkasan jadual Fa-iz sekeluarga berhari raya di Perlis/Kedah.

Raya pertama -
Selepas sembahyang Hari Raya seperti biasa kami akan jalan raya sekitar sekeliling rumah. Menjelang petang kami beraya di rumah Tok Jang Chin dan terus ke Kodiang rumah Pak Lah dodol. Sambil tu pergi melawat anaknya yang baru mendapat cahaya mata (Razak ex-Titi Besi). Sebelum pulang singgah di rumah kawan Fiza di Bohor Mali.

Kakak dan Ajit posing sebelum pi beraya
Raya kedua -
Tradisi ayah mertua Fa-iz akan pulang ke kampungnya di Bukit Raya. Kesempatan ini Fa-iz pergi rumah keluarga Idris dan Yaakob (Ex-Titi Besi). Sebelum tu kami beraya di rumah Abang Sharipudin di Alor Setar dan melawat Mak Lang yang lumpuh di Permatang Ibus. Sempat juga ziarah raya di rumah Sodri (Ex-Lepai). Malam balik ke Perlis.


Beza dulu dan kini (kiri 1996, kanan 2009)
Raya ketiga -
Kami ke Kedah lagi tapi kali ini kami empat beranak je. Mula-mula pergi rumah kenalan ayah Pakcik Zuki (anaknya sama sekolah di Seremban semasa mereka menetap di sini) di Tunjang. Kesempatan di Jitra Fa-iz ke rumah rakan sepejabat di Taman Mahsuri, Tanah Merah, Jitra dan seterusnya rakan lama yang lama tak jumpa Azimi (gambar atas) juga di Tanah Merah. Selepas tu ke rumah cikgu Mat yang juga kenalan ayah dan pernah juga mengajar Fa-iz di Titi Besi. Sebelum balik ke Perlis kami ke rumah sepupu Fiza di Sintok. Jalan raya sakan rasanya hari ni...


Raya keempat -
No Planning jalan raya! Ghayo di Padang Bosa poittt! shoping sakan takla tapi setakat dua biji toto tu adola. Balik dari PB singgah di umah Makngah Fiza di Kangar. Singgah di rumah Kak Yali dan umah Makcik Sayang masing-masing tiada di rumah.



Pertemuan Ex-Lepai di rumah Paklang Leman (Atas kiri gambar raya 2009, atas kanan/bawah gambar simpanan tahun bila ntah?)



Gambar atas sekali pada tahun 1997, (kiri) bangunan sedang disiapkan. (Kanan) Manalah hang pa sekarang ni?


Raya di rumah YAB Menteri Besar Kedah

Raya kelima -
Ermmm. Beraya di Kg. Padang Watt rumah Paklang Leman. Majlis beraya yang dirancang mengumpulkan rakan-rakan lama semasa belajar di Lepai. Kebetulan ada open house rumah Menteri Besar Kedah, singgah sat kat situ di Mentaloon. Terlupa pulak! Fa-iz sempat melawat sekolah lama Fa-iz di Titi Besi, nak jumpa cikgu / ustaz takut tak kenal pulak. On the way balik singgah lagi rumah YB Ustaz Hashim Jasin, dia takda tapi mujur Kak Sarah kenal dengan Fiza.

Raya keenam -
Hari Jumaat, lepak rumah tidoq. Tak pusing mana-mana.

Sabtu -
Balik ke Seremban. Singah beraya rumah Zul di Galeri Sri Perdana (Ex-Lepai) dan rumah Pak Uda di Kajang.

19 September 2009

Salam Aidilfitri

Pada kesempatan malam 29 Ramadhan ini Fa-iz ingin merakamkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga amalan kita pada bulan Ramadhan ini diberkati seterusnya dapat merayakan kegembiraan dengan penuh kesyukuran.

Pada seluruh ahli keluarga Fa-iz dan rakan-rakan yang mengenali Fa-iz salam kemaafan dipohon, halalkan makan minum dan sama-sama kita saling memaafi. Salam Aidilfitri.

09 September 2009

09.09.2009

Salam 1Malaysia!

Tarikh yang mudah untuk diingati. Bersamaan 19 Ramadhan 1430 Hijrah.

Beberapa hari lagi menjelang Aidilfitri, pastinya semua sibuk membuat persediaan. Tapi Fa-iz masih belum membeli apa-apa lagi. Keperluan kakak dan ajit yang sedang difikirkan terlebih dahulu. Hujung minggu ni mungkin sibuk sikit kerana perlu menghantar kereta untuk diservis, bayar segala bil dan segala macam perkara yang perlu dibuat sebagai persediaan untuk pulang berhari raya di Perlis.

Insyallah, perancangan untuk balik ke Perlis pada seawal pagi Sabtu, mungkin sebelum sahur atau selepas tengah malam. Jumaat masih lagi bekerja, tujuan balik pada waktu ini agar dua orang co-pilot (kakak dan ajit) tak mengganggu abahnya yang sedang memandu.

Perjalanan jauh sebegini perlukan rehat yang cukup disamping persediaan kenderaan yang rapi. Doakan semuanya berjalan lancar. Ok Fa-iz chow dulu.

04 September 2009

Iftar Jama'ie N9futbol & Salam Takziah




Sempena bulan Ramadhan ini komuniti e-Penyokong Bolasepak N9 sempat mengadakan majlis berbuka puasa bersama bagi tujuan mengeratkan tali silaturrahim antara ahli komuniti. Terima kasih semua. Semoga kita berjumpa lagi di lain masa.

Salam Takziah
Pada kesempatan ini Fa-iz merakamkan salam takziah kepada Hj. Alwi dan Hj. Idris di atas kehilangan orang yang tersayang di bulan Ramadhan ini. Doktor Noorfiza isteri kapada Hj. Alwi meninggal dunia setelah koma 3 minggu akibat diserang H1N1. Pakcik Alwi dan arwah isterinya merupakan kenalan keluarga ayahanda Fa-iz yang juga antara tetamu yang menghadiri kenduri kahwin adik Fa-iz dua bulan lebih yang lalu. Begitu juga dengan Hj. Idris (panggilan atok) atas kehilangan anakandanya akibat kemalangan jalanraya. (Rumah Hj Idris ini berhampiran lampu isyarat di Pekan Rembau, trademark rumah ini ada banyak bendera). Semaga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Sesungguhnya dari-Nya kita datang dan kepada-Nya kita kembali. Sama-sama kita sedekahkan ummul kitab Al-Fatihah.

22 August 2009

Warkah dari Masjid Negara

Warkah ini bukanlah diterbitkan oleh pihak Masjid Negara tapi Fa-iz kutip di tangga masjid selepas sembahyang jumaat tadi. Ada kebenaran dalam mesej yang disampaikan. Saat negara mengalami kegawatan ekonomi masih ada pihak yang tak prihatin, hanya terus memikirkan keuntungan tanpa belas ihsan. Nak boikot atau tidak melanggan terus adalah mustahil. Ikut cara Fa-iz dengan hanya melanggan pakej minimum atau yang paling murah yang berharga RM37++. Abaikan saluran sukan terutamanya bola. Nak tengok sangat pergi sahaja ke warung-warung mamak. Sambil merasai nikmat secawan Radix. Mai secawan! Ahakzzz~

12 August 2009

Ajit dah nak berjalan...

Sejak balik dari Tiara Beach Resort hujung minggu lepas, Ajit dah mula berani melangkah tanpa berpaut pada dinding atau kerusi lagi. Hanya berpaut untuk berdiri dan seterusnya berjalan berpusing di dalam rumah. Gian nampaknya bila dah boleh berjalan. Seminggu dua lagi bila dah boleh bangun sendiri pastinya Fiza tak menang tangan untuk mengepung si kecil ini.

07 August 2009

Kenangan semasa kecil di Pulau Lumut

Entahla kenapa sejak akhir-akhir ini semangat untuk Fa-iz mengimbau kenangan semasa kecil begitu kuat. Baru semalam Fa-iz mengimbau kenangan bersama dua pupu semasa kami kecil, tetapi sedang sibuk membuat kerja ofis sambil menyelak-nyelak koleksi gambar dalam pc terjumpa pula dua keping yang Fa-iz kira ada nilai sejarah yang tersendiri. Lantas Fa-iz buat bandingan antara keduanya dan satukannya.
Surau Al-Muhammadiah, Kg. Teluk Nipah di Pulau Indah yang mana dahulunya dikenali sebagaiPulau Lumut. Surau ini diwakafkan oleh arwah atuk Fa-iz untuk kegunaan penduduk kampung. Satu masa dahulu atuk Fa-iz adalah guru agama di sini.
Lebih kurang 15 tahun dahulu tiada jalan masuk untuk ke pulau ini, hanya sampan atau bot menjadi pengangkutan rasmi, teringat semasa kecil begitu terujanya untuk balik ke kampung. Sebenarnya Fa-iz sendiri kurang pengalaman disini kerana arwah atuk meninggal dunia ketika Fa-iz baru berusia 4 tahun (1984).
Hanya kepingan gambar-gambar yang dapat mengimbau Fa-iz bersama arwah atuk. Selepas atuk tiada rumah dan surau ini diselenggara oleh Mak Yan dan adik beradik ibu yang lain. Sambung...

@ Result