Kebanggan Fa-iz Sekeluarga

24 March 2009

Jangan Percaya Sangat Kempen Harga Murah

Sebagai pengguna Fa-iz sarankan agar membuat perbandingan harga sebelum membeli barangan harian. Kempen "Turun Harga", "Harga Rendah Setiap Hari" atau sebagainya janganlah kita percaya bulat-bulat kerana Fa-iz ada buktinya.

Kebetulannya sebulan yang lalu Fa-iz sekeluarga menjengahlah ke pasaraya terkemuka ini untuk mendapatkan barangan keperluan tetapi kadang2 tu window shoping jer. Jalan-jalan...tup tup bila terpandang harga susu kakak ni rasa macam ada sedikit pelik. Dalam hati dah kata "Kalau tak silap harga susu ni dalam lingkungan RM19-RM21 jer". Aikk! kata harga murah setiap hari tapi ni lain pulak. Harga minyak dunia dah lama turun, takkan harga susu naik pulak. Bisik hati Fa-iz lagi. Ermmm...nampak gayanya kena kencingla kalau tak buat perbandingan harga. Sebenarnya kalau promosi di pasaraya2 besar ni bukan semua barang dalam tu murah. Ada 2-3 jer tapi hebohnya bukan main. Silap-silap harga dalam katalog yang diedarkan tu pun lebih mahal dari harga di kedai runcit nun kek Palong 8 tu!

Kesudahannya Fa-iz tak jadi beli susu kakak di pasaraya tu, takpala Fa-iz bagitau Fiza malam nanti beli di kedai dekat rumah. So, malam tu Fa-iz pergi ke sebuah pasaraya mini berhampiran dengan rumah. Mungkin rezeki Fa-iz murah sikit, harga kat sini lebih murah dari harga di pasaraya besar, lagi terkejut pek yang dibeli ini percuma 100 gram. Dahla harga murah dapat lebih pulak tu!

Moralnya : Jadilah Pengguna Bijak, Faedahnya Banyak!

20 March 2009

Lirik lagu Mariam Jaga Kambing

Pssttt : Nyanyi dalam loghat nogori...

Mariam jago kambing
Bulu putih beroseh

Mano sajo ia poie
Anak kambing ikut samo

Satu hari ke sekolah
Buek Mariam susah

Murid ketawo riang
Lihat kambing Mariam

Mariam jago kambing
Bulu putih beroseh

psttt : ada sesiapa sudi bantu Fa-iz camne nak masukkan lagu...

19 March 2009

Betul ker? : 12 Ways to Know That You Love Someone

Ada kaitan tak? tepuk dada tanyala diri sendiri...bak kata Nabil...lu pikirla sendiri!

TWELVE:
You talk with him/her late at night and when you go to bed you still think of him/her.


ELEVEN:
You walk really slowly when you are with him/her.


TEN:
You don't feel Ok when he/she is far away.


NINE:
You smile when you hear his/her voice.


EIGHT:
When you look at him/her, you do not see other people around you. You see only him/her.


SIX:
He/She is everything you want to think.


FIVE:
You realize that you smile every time you look at him/her.


FOUR:
You would do anything to see him/her.


THREE:
While you have been reading this, there was a person in your mind all the time.


TWO:
You've been so busy thinking of that person that you didn't notice that number 7 is missing.


ONE:
You are going to check above if that's true and now you are silently laughing to yourself.

Fa-iz : Ketawa dalam hati...huhuhu~

17 March 2009

Menjelang Hari Harta Intelek Negara '09 - Memacu Daya Saing Negara

26 April setiap tahun merupakan Hari Harta Intelek yang disambut di seluruh dunia. Tarikh ini memberi pengiktirafan kepada para perekacipta, pengkarya hasil seni dan sebagainya. Setiap harta intelek adalah aset penting kepada setiap pemunya hak. Oleh itu kesedaran perlu dipupuk kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya mereka yang terlibat dengan harta intelek.

Sambutan Hari Harta Intelek Negara 2009 akan berlangsung pada 23 April hingga 26 April dengan tema Harta Intelek Memacu Daya Saing Negara. Sambutan yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri kita. Pelbagai aturcara telah disusun bagi mengisi perayaan ini antaranya pertandigan rekacipta, pertandingan esei, anugerah harta intelek, pameran, seminar dan banyak lagi menanti para pengunjung Hari Harta Intelek Negara 2009.

10 March 2009

Lagi angkara CS2...hehehe


Hasil yang ntahapo2...tapi okla...belaja tanpa guru dan buku...belum try belum tau kan??? hahaha...

04 March 2009

Datanglah ke Rumah...

Ini bukanlah jemputan kenduri kahwin Fa-iz atau apa2 jemputan makan2...tapi saje nak tunjuk map ke rumah Fa-iz...mana tau tetibe ade nak balik pilah / muadzam / jelebu singgah2la ke teratak Fa-iz ni...landmark yang paling senang diingati ialah berdekatan dengan Stadium Tuanku Abdul Rahman...yuuuup! mana rumahnya...carilah Jalan Kedidi Satu...dekat perkataan JALAN tu...umah faiz dekat2 dengan huruf A yang pertama dalam perkataan jalan...hehehe

26 February 2009

Cerita waktu hujan lebat...

Ahhh...ujan masih tak berhenti...kalau ikutkan tadi Fa-iz nak keluar cari soru tapi terpaksala dilupakan...lagipun bukanlah lapar mana sangat pun...Fiza dan anak2 dah pun mengisi perut sebelum Fa-iz sampai dari pejabat petang tadi...

Semalam Fa-iz EL...alasan kasut basah...hahaha macam alasan budak sekolah daaa!...tapi betul...ari sebelumnya (Selasa) masa Fa-iz balik kerja ujan masih lebat...nak tak nak bila Fa-iz turun bas memang kena redah ujan sebelum dapat berlindung di stesen minyak Mobil...dipendekkan cerita tengah dok lari2 masa ujan terkantoi masuk kawasan air bertakung abis lencun kasut...

Ari cuti...melayan kerenah anak2...nasib ari gaji...withdraw dan setelkan hutang piutang terutamanya Streamyx dan lain-lain...pastu bawa anak2 gi jalan2...mana lagi nak bawa jalan2 kat seremban ni?...Giant sudah! musim2 ujan ni dengan Rias baru baik campak...Ajit pulak baru nak jadi campak...takut jugak nak bawa jalan2...ujan2 ni lagi la bahaya...orang tua kata senang dapat parut...entahla...

Ari ni kerja...ahhh lambat lagi...hampir setengah jam lewat...bukan salah Fa-iz tapi salah bas yang lambat, driver bas yang bawa slow, dan kenderaan yang banyak :)...Fa-iz buat tak reti jer...lagipun bulan ni baru first time lambat...jadi setakat lewat sekali sekala tu takde hallah...

Dah la tu...portal penyokong togar tak up lagi! semalam expired baru tadi bayar renewal...tak pasal2 kena menjawab ngan rakan2..."nape ngan forum?, tak bayar domain lagi ker?" ewah2...ingat semua tu FOC...tapi mujur juga rakan2 pantas membantu memberi sumbangan...tapi sehingga detik ni domain penyokong togar masih tak aktif lagi...biasanya dalam tempoh 24 jam dari payment dibuat baru aktif...layan je la labu!!!...

Ok la...sampai di sini dulu...ujan dah berhenti...udara sejuk mula menggigit tulang...di malam yang penuh keistimewaan...Fa-iz berundur dahulu...esok mahu kerja!!!

Ajit @ CS2


Heheheh...hasil kerja amatur Fa-iz menggunakan perisian photoshop...gambar ajit jugak yang jadi mangsa...ntahape2...

22 February 2009

Perkongsian Bijak Cemerlang

Tarikh 21-22 Februari Fa-iz berkesempatan untuk hadir dalam satu kursus yang dinamakan Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC). Setelah beberapa kali tertangguh untuk menghadiri kursus sebegini akhirnya Fa-iz akur dan dapat juga melaksanakannya.

Banyak modul yang telah disampaikan dan antara yang paling menarik perhatian Fa-iz ialah berkaitan Modul Produk Halal Haram yang ada di negara kita ini. Dari senarai barangan pengguna yang dikeluarkan boleh dikatakan hampir keseluruhannya amat diragui dari segi halal haramnya.

Mencari barangan berlogo halal tidaklah terlalu sukar untuk kita peroleh di pasaran. Tapi adakah kita yakin barangan tersebut benar-benar halal. Menurut Jakim, 80% pemilik sijil halal adalah terdiri daripada syarikat bukan Islam. Yakinkah kita mereka ini amanah dalam memelihara sijil halal yang mereka perolehi? Banyak laporan akhbar yang kita baca dengan jelas bagaimana dengan mudah mereka memanipulasikan sijil halal.

Atas kesedaran inilah, selepas menghadiri PBC ini Fa-iz manfaatkan segala maklumat yang diterima untuk disalurkan kepada rakan-rakan. Insyallah ada ruang dan peluang akan Fa-iz war-warkan kemudian.


"Produk Halal Tanggungjawab Bersama"

13 February 2009

Diserang Campak

Salam semua,

Banyak ari juga tak posting disini, perkembangan politik mutakhir membuatkan fa-iz agak sedikit busy body untuk mengetahuinya lebih lanjut. Masa terluang banyak dihabiskan dengan membaca blog-blog untuk mengetahui kisah sebenar dari mempercayai bulat2 media arus perdana.

Ermmm...ada beberapa xtvt yang tak sempat untuk dikongsikan bersama, antaranya sebelum Fa-iz ke Sg. Congkak aritu sehari sebelumnya (cuti raya cina) adalah ari majlis pertunangan adik perempuan yang berlangsung di umah Fa-iz. Agak sibuk juga aritu dengan kehadiran ramai saudara mara terdekat. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan majlis perkahwinan dijangka berlangsung pertengahan tahun nanti. Along dan Kak Fiza ucapkan selamat bertunang. Peringatan Along! Jangan terlalu asyik jerr...

Ermmm...tiga ari sebelum majlis tu, ibu telah diserang penyakit kayap, aduhhh risau juga dibuatnya, kayap menyerang atas kepala pulak tu! Juga alhamdulillah berkat kesabaran dan ketabahan ibu melawan penyakit...kayap ibu dah beransur-ansur pulih. Kami anak-anak hanya mampu berdoa agar ibu cepat sembuh!

Ermmm...dalam masa yang sama ibu kena kayap ni...kakak rias dan paksunya pulak diserang campak...boleh la plak nak kena sama2 ari...nasib baik campak kakak dan paksu sempat dikesan lebih awal...berbanding paksu...campak kakak tak la banyak sangat...doa2kanlah paksu dan kakak rias cepat sembuh ek...wallahuaklam...


p/s : opsss...lupa plak...aritu ada gi ipoh...seminggu sebelum rampasan kuasa dari rejim B*****n...pegi temankan adik Fa-iz yang di ipoh mengambilkan kereta barunya...baru tu takla...2nd hand jer tapi puas ati juga la tengok gaya keta ni...senyap jer sekarang Yob!

02 February 2009

Majlis Perjumpaan Bekas Pelajar Pusat Ulumuddin, Lepai (Update!)


Alhamdulillah majlis berakhir dengan begitu sempurna dan meriah seadanya. Tahniah kepada saudara Mujahid atas daya usaha beliau dapat juga mengumpulkan rakan-rakan lama yang lebih 12 tahun juga Fa-iz tak bersua muka antaranya saudara Nasir, Haslizam, Yusoff dan Amir (Amir - masa diberitahu mula-mula Fa-iz memang tak dapat nak cam siapa la mamat ni). Lain-lain yang hadir ialah saudara Mujahid, Mamat (aku lupa nama betui hang mat!) Shuib, Sodri, Syazwan, Rashidi, Zulhazri dan Kaman.

Majlis dimulakan dengan menyediakan hidangan tengahari dan BBQ serta acara bebas di sungai. Sementara kaum ibu pula hanya perlu menjaga anak-anak kecil dan diberi rehat secukupnya. Dan diakhirnya satu mesyuarat telah diadakan yang sebulat suara telah memutuskan satu jawatankuasa penaja dibentuk bagi mewujudkan Persatuan Bekas Pelajar Pusat Ulumuddin (PELADIN).

*Maklumat lanjut butiran mesyuarat / aktiviti akan disiarkan dalam blog Peladin.


************************************************

Satu majlis perjumpaan bekas pelajar-pelajar Pusat Ulumuddin atau dikenali jua sebagai Madrasah As-Saadah Al-Islamiah sedang diatur bagi mengumpulkan pelajar-pelajar yang pernah melanjutkan pengajian di sini. Maklumat awal tentang majlis ini adalah seperti berikut :

Masa : 9.00 pagi
Tarikh : 27 Januari 2009
Tempat : Sungai Congkak, Hulu Langat

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saudara Mujahid di talian 019-3375490 atau Mamat 012-7557156.

20 January 2009

Terima Kasih Semua!

Pagi ini...
Sms diterima dari ahli keluarga termasuk Fiza dan ibu...
Tidak lupa emel dari kawan-kawan di pejabat...
Ohhh rupanya hari ini bertambah setahun lagi usia Fa-iz...
Menghampiri angka tiga...
Mengakhiri angka dua...
Tak dapat lari darinya...
Lumrah kehidupan...
Usia baru...Azam baru...
Semoga dirahmati dan diberi keberkatan...

19 January 2009

Iklan : Jual Murah Tak Nak Untung...

Fa-iz nak iklan sikit...ini barang bukan Fa-iz yang punya tapi ahmad albab yang punya...hahahaha...ini barang Tuan Ayahanda yang punya! Bio-Aura keluaran Hai-O Marketing Sdn. Bhd.Barang baik punya! selalu ada masuk iklan TV3...ada macam2 faedah dan kebaikan yang telah diperkatakan ramai...boleh cari dalam pelbagai blog mahupun website...tak payah lagi Fa-iz nak ulas2 dan citer panjang2...kalau susah pergi jer kat google...search perkataan Bio Aura keluaran Hai-O Marketing Sdn. Bhd...insyaallah ada jumpa...
kita terus deal pasal harga...RM1K...masih boleh nego lagi (coz ada pelbagai harga di pasaran) ikutkan hati nak lego jer...hahahaha...tapi takkan la sampai camtu kot...nak untung tu memang la payah...tapi dari terperap dalam stor baik bagi murah...dapat juga duit minum teh...hahaha...ansuran pun boleh nego lagi...ape2 hal call 012-9233 696...

09 January 2009

Fai-z Bercuti Panjang Tempoh Hari

Lega rasanya bila dapat balik ke rumah ayanhanda & bonda mertua di kampung, paling tidak tanggungjawab kami sebagai anak untuk menjeguk mereka dapat ditunaikan, kerinduan mereka pada cucu terubat.
Kesempatan cuti perayaan Krismas, cuti Maal Hijrah dan cuti Tahun Baru telah digunakan kami untuk bersama-sama mereka sepanjang hampir 2 minggu di sana. Dapat juga Fa-iz bertandang ke majlis kenduri rakan sekolej dan sepejabat di Changloon dan Kangar. Tidak dilepaskan peluang 'berjamu mata' di Padang Besar selain melawat saudara mara di kampung.

Selamat Tahun Baru 1430 Hijriah

Pada kesempatan ini, sempena buku amalan kita yang baru marilah sama-sama kita berdoa agar kita dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikuatkan iman. Semoga tahun 1430 Hijriah ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

05 January 2009

Fa-iz di Kuching Sarawak

Wahh...lama sudahhhh...Fa-iz tak berkesempatan untuk update blog ni, hampir 2 bulan juga rasanya...

Ringkas ceritanya pertengahan bulan November 2008 Fa-iz telah diberi berkesempatan untuk hadir kursus yang dianjurkan ofis Fa-iz di Damai Beach Resort, Santubong, Sarawak. Kursus ini dinamakan Kursus Pembangunan Modal Insan. Banyak aktiviti yang telah dilakukan terutamanya yang menekankan kerjasama sesama ahli kumpulan seperti aktiviti mengikat buku sila gergasi, komunikasi lisan / tulisan, misteri Pak Tani dan yang paling menarik sekali ialah Treasure Hunt di sekitar Bandaraya Kuching. Berikut sedikit buah tangan yang sempat dirakamkan di sekitar Santubong dan Kuching.






Lagi gambar

28 November 2008

Corat-coret

Bz sangat...

Ahhh...tension! 2 Minggu lepas Fa-iz berada di bumi kenyalang menghadiri satu kursus Pembangunan Modal Insan di Damai Beach Resort, Santubong. Kira-kira +-30KM dari bandaraya Kuching. Banyak cerita menarik dan aktiviti-aktiviti disini akan Fa-iz buatkan satu topik baru. Insyallah.

Sekembalinya dari Kuching. Fa-iz terputus hubungan dengan kawan-kawan. WiFi di tempat kerja kena block. Dan tak semena-mena sim card hand phone pulak rosak. Alhamdulillah sim card baru saja diperolehi. Seminggu lebih jugakla Fa-iz tak pakai hand phone, cuma yang membimbangkan sekarang ialah aktiviti tenet Fa-iz tergendala seketika buat masa ni. Nampaknya hajat untuk memasukkan streamyx perlu disegerakan tambahan pulak menjelang sepak mula bola Malaysia.

Oklah dulu coretan Fa-iz buat masa ni...Opss sebelum terlupa sekalung tahniah buat Khairul Husni, kawan seperjuangan Fa-iz di n9futbol yang baru menimang cahaya mata perempuan. Semoga gembira dengan kehadiran 'orang baru' ini...

07 November 2008

Tersadai...

Hari ini dalam sejarah...Sejak Fa-iz berulang dari Seremban - Kuala Lumpur setiap hari untuk ke tempat kerja inilah kali pertama Fa-iz tersadai di tepi lebuh raya. Hahahaha...Tapi pengalaman ni taklah ngeri sangat lebih kurang 15 minit selepas kami tersadai ada bas lain datang menghulurkan bantuan untuk kami meneruskan perjalanan ke tempat kerja. Dan yang paling penting Alhamdulillah Fa-iz tak merah datang kerja hari ini. On time! walaupun sempat 'lepak' di lebuh raya.

Kalau ikutkan memang Fa-iz minta simpang daripada perkara-perkara sebegini terus berlaku. Selalu jugalah dapat tengok bas-bas yang tersadai sebegini. Ada sekali tu Fa-iz lihat bas yang baru sahaja keluar dari Terminal One pun dah tersadai!

Pengusaha bas ni memang nak untung lebih, sudahlah kadar tambang dinaikkan tapi mutu perkhidmatan masih ditakuk lama. Ada sesetengah bas Seremban - KL ini sudah patut ditukar ganti tapi masih digunakan. Pernah Fa-iz naik bas tu tak berair-cond, busuk, bersampah dan sebagainya. Sepanjang perjalanan memang menyumpah-nyumpah (dalam hati jer la) tapi dalam masa yang sama berdoa agar bas tak 'tersadai'. Bayangkanlah...

Berbalik kepada cerita Fa-iz mula berulang Seremban - KL. Sejak awal perkahwinan Fa-iz menetap di Setapak. Fa-iz kerja di KL, Fiza di Putrajaya. Pagi-pagi Fa-iz akan hantar Fiza di depan Pudu untuk menaiki bas ke Putrajaya. Begitulah hari-hari. Namun selepas kelahiran Riaszahra kami decide berpindah ke Seremban memandangkan kos sara hidup yang agak tinggi saban hari apatah lagi hidup di ibu kota ini. Jadi ada baiknya kami menerima tawaran ayahanda untuk tinggal bersama.

27 October 2008

Koleksi Gambar Kahwin Kawan dan Saudara-Mara

Dari terperap dalam pc ni ada baiknya Fa-iz publishkan! Bukan ape banyak sangat gambar2 yang dikumpul melalui pelbagai xtvt Fa-iz sepanjang tahun. Itu belum gambar2 si Rias dan Uwais lagi. Jadi ada baiknya dapat dikongsi bersama. Mana tau kot2 ada yang kenal.

Sebenarnya kalau nak diikutkan banyak lagi koleksi gambar kahwin kawan2 dan saudara-mara ni dan ada juga yang tak sempat dirakamkan. Seakan menjadi hobi bila hadir ke majlis kenduri perkahwinan especially kalau orang kahwin tu rapat dengan Fa-iz@wife pastinya kenangan di majlis ini akan diabadikan. Sebenarnya bercerita pasal hadir ke majlis perkahwinan ni ada pelbagai ragam atau kenangan yang akan kita ingati. Pengalaman Fai-iz antaranya ada kawan2 yang kahwin itu rupanya dah jadi saudara jauh kita, ada pula yang kahwin sesama tempat kerja dan macam-macam lagi. Tak lupa juga ada kenangan hadir ke majlis perkahwinan dalam keadaan hujan lebat, ada pula makanan yang hampir habis sedang tetamu masih bertimpa datang dan sebagainya. Semua ini menjadikan majlis perkahwinan sentiasa diingati dengan ragam2nya.

22 October 2008

Majlis Perhimpunan Keluarga Wan Mohamed

Fa-iz ada bagitau tentang satu jemputan perhimpunan keluarga. Teruja! Meriah dan rasanya akan Fa-iz ingati sepanjang hayat sebagai perhimpunan keluarga yang terbesar pernah Fa-iz hadiri. Bertuah kakak Rias dan adiknya Uwais yang dapat menyelitkan diri sebagai piut kepada moyang Wan Ismail bin Wan Soloh.

11 October 2008

Tema Raya 2008/1429

Salam Raya...

Lame Fa-iz tak update blog ni, sibuk sangat dengan kerja yang menimbun-nimbun lepas raya ni...apakan daya kita 'yang menuntut perintah' backlog perlu disetelkan segera...ahhhh tensionnye!

Kisah raya tahun meriah seperti tahun-tahun sebelumnya, bezanya tahun ni kehadiran Uwais, 2006 berdua, tahun lepas bertiga dan tahun ini berempat. Tahun depan ermmm siapa tahu?

Tahun ni Fa-iz beraya sehari je di Perlis selebihnya kami di N9. Alkisahnya sejak kelahiran Uwais bulan Julai lalu Fiza dibawa ke kampung untuk berpantang selama 60 hari, bukanlah tak boleh berpantang di N9 tapi kat sini tak ada sape yang nak boleh uruskan makan minum dan sebagainya bila semua sibuk ngan kerja tambahan lagi mana ngan kami sibuk nak berpindah rumah. Lagi satu orang berpantang ni banyak pantang larangnya jadi kenalah jaga sebaik-baiknya. Jadi keputusannya Fa-iz nak ambil diorang sebelum puasa tapi bila difikirkan dah dekat puasa, alang-alang tunggu sampai raya kan lagi senang? Tak payahla kami nak berulang-alik banyak kali. Mana dengan anak kecil lagi, kos pun agak tinggi.

Sehari sebelum raya Fa-iz masih bekerja tapi mohon pelepasan balik awal. Perjalanan agak lancar walaupun hujan lebat di sesetengah tempat. Pemanduan solo untuk perjalanan lebih 500KM ni memang mengantuk kalau tak cukup persediaan, dua kali jugakla Fa-iz berhenti melayan rasa mengantuk ni tapi Alhamdulillah sebelum maghrib dah sampai di Perlis.

Sambutan Hari Raya Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat

Selepas sembahyang raya, tradisi di kampung mertua Fa-iz ini ialah saling berkunjungan dan bermaafan sambil menjamah makanan yang disediakan. Selepas Zohor kami mulakan langkah kami beraya di rumah kawan-kawan di sekitar Kodiang dan Changloon.

Tema Pakatan Rakyat - Ahaksss


Seawal pagi raya kedua kami dah mula bergerak pulang ke Seremban. Perjalanan awal ini bagi mengelakkan rasa kurang selesa terutamanya pada tengahari nanti. Takut-takut nanti Uwais meragam pada pertengahan perjalanan. Sampai di Seremban jam 2.30 petang, hajat asal nak terus beraya di Kuala Pilah tapi diberitahu majlis keluarga (bacaan tahlil dan jamuan raya pada setiap kali raya kedua mengikut giliran adik-beradik ayah) di rumah makngah dahpun abis maka kami pun batalkan niat tersebut.

Tema Santai - Nak jalan jauh daaa…













Raya ketiga Fa-iz sekeluarga bersama ayah, ibu dan adik-adik beraya di Felda Bukit Rokan di daerah Gemencheh. Rumah nenek saudara ini seakan menjadi tradisi untuk kami sekeluarga akan beraya pada setiap musim aidilfitri.

Tema Baju Melayu - Hari Jumaat sembahyang Jumaat la…


Raya keempat juga Fa-iz sekeluarga bersama ayah, ibu dan adik-adik beraya bersama. Kali ini kami ke Pulau Indah yang dulunya hanya dikenali sebagai Pulau Lumut. Perjumpaan raya yang mengumpulkan seluruh adik beradik ibu sebegini sememangnya jarang dapat berlaku sebelum ini. Perjumpaan ini juga umpama perhimpunan mini keluarga Wan Mohamed.

Tema Jalan-Jalan Cari Makan - Makan bila laparla...

Suka atau tidak layan jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@ Result