Kebanggan Fa-iz Sekeluarga

26 February 2009

Cerita waktu hujan lebat...

Ahhh...ujan masih tak berhenti...kalau ikutkan tadi Fa-iz nak keluar cari soru tapi terpaksala dilupakan...lagipun bukanlah lapar mana sangat pun...Fiza dan anak2 dah pun mengisi perut sebelum Fa-iz sampai dari pejabat petang tadi...

Semalam Fa-iz EL...alasan kasut basah...hahaha macam alasan budak sekolah daaa!...tapi betul...ari sebelumnya (Selasa) masa Fa-iz balik kerja ujan masih lebat...nak tak nak bila Fa-iz turun bas memang kena redah ujan sebelum dapat berlindung di stesen minyak Mobil...dipendekkan cerita tengah dok lari2 masa ujan terkantoi masuk kawasan air bertakung abis lencun kasut...

Ari cuti...melayan kerenah anak2...nasib ari gaji...withdraw dan setelkan hutang piutang terutamanya Streamyx dan lain-lain...pastu bawa anak2 gi jalan2...mana lagi nak bawa jalan2 kat seremban ni?...Giant sudah! musim2 ujan ni dengan Rias baru baik campak...Ajit pulak baru nak jadi campak...takut jugak nak bawa jalan2...ujan2 ni lagi la bahaya...orang tua kata senang dapat parut...entahla...

Ari ni kerja...ahhh lambat lagi...hampir setengah jam lewat...bukan salah Fa-iz tapi salah bas yang lambat, driver bas yang bawa slow, dan kenderaan yang banyak :)...Fa-iz buat tak reti jer...lagipun bulan ni baru first time lambat...jadi setakat lewat sekali sekala tu takde hallah...

Dah la tu...portal penyokong togar tak up lagi! semalam expired baru tadi bayar renewal...tak pasal2 kena menjawab ngan rakan2..."nape ngan forum?, tak bayar domain lagi ker?" ewah2...ingat semua tu FOC...tapi mujur juga rakan2 pantas membantu memberi sumbangan...tapi sehingga detik ni domain penyokong togar masih tak aktif lagi...biasanya dalam tempoh 24 jam dari payment dibuat baru aktif...layan je la labu!!!...

Ok la...sampai di sini dulu...ujan dah berhenti...udara sejuk mula menggigit tulang...di malam yang penuh keistimewaan...Fa-iz berundur dahulu...esok mahu kerja!!!

Ajit @ CS2


Heheheh...hasil kerja amatur Fa-iz menggunakan perisian photoshop...gambar ajit jugak yang jadi mangsa...ntahape2...

22 February 2009

Perkongsian Bijak Cemerlang

Tarikh 21-22 Februari Fa-iz berkesempatan untuk hadir dalam satu kursus yang dinamakan Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC). Setelah beberapa kali tertangguh untuk menghadiri kursus sebegini akhirnya Fa-iz akur dan dapat juga melaksanakannya.

Banyak modul yang telah disampaikan dan antara yang paling menarik perhatian Fa-iz ialah berkaitan Modul Produk Halal Haram yang ada di negara kita ini. Dari senarai barangan pengguna yang dikeluarkan boleh dikatakan hampir keseluruhannya amat diragui dari segi halal haramnya.

Mencari barangan berlogo halal tidaklah terlalu sukar untuk kita peroleh di pasaran. Tapi adakah kita yakin barangan tersebut benar-benar halal. Menurut Jakim, 80% pemilik sijil halal adalah terdiri daripada syarikat bukan Islam. Yakinkah kita mereka ini amanah dalam memelihara sijil halal yang mereka perolehi? Banyak laporan akhbar yang kita baca dengan jelas bagaimana dengan mudah mereka memanipulasikan sijil halal.

Atas kesedaran inilah, selepas menghadiri PBC ini Fa-iz manfaatkan segala maklumat yang diterima untuk disalurkan kepada rakan-rakan. Insyallah ada ruang dan peluang akan Fa-iz war-warkan kemudian.


"Produk Halal Tanggungjawab Bersama"

13 February 2009

Diserang Campak

Salam semua,

Banyak ari juga tak posting disini, perkembangan politik mutakhir membuatkan fa-iz agak sedikit busy body untuk mengetahuinya lebih lanjut. Masa terluang banyak dihabiskan dengan membaca blog-blog untuk mengetahui kisah sebenar dari mempercayai bulat2 media arus perdana.

Ermmm...ada beberapa xtvt yang tak sempat untuk dikongsikan bersama, antaranya sebelum Fa-iz ke Sg. Congkak aritu sehari sebelumnya (cuti raya cina) adalah ari majlis pertunangan adik perempuan yang berlangsung di umah Fa-iz. Agak sibuk juga aritu dengan kehadiran ramai saudara mara terdekat. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan majlis perkahwinan dijangka berlangsung pertengahan tahun nanti. Along dan Kak Fiza ucapkan selamat bertunang. Peringatan Along! Jangan terlalu asyik jerr...

Ermmm...tiga ari sebelum majlis tu, ibu telah diserang penyakit kayap, aduhhh risau juga dibuatnya, kayap menyerang atas kepala pulak tu! Juga alhamdulillah berkat kesabaran dan ketabahan ibu melawan penyakit...kayap ibu dah beransur-ansur pulih. Kami anak-anak hanya mampu berdoa agar ibu cepat sembuh!

Ermmm...dalam masa yang sama ibu kena kayap ni...kakak rias dan paksunya pulak diserang campak...boleh la plak nak kena sama2 ari...nasib baik campak kakak dan paksu sempat dikesan lebih awal...berbanding paksu...campak kakak tak la banyak sangat...doa2kanlah paksu dan kakak rias cepat sembuh ek...wallahuaklam...


p/s : opsss...lupa plak...aritu ada gi ipoh...seminggu sebelum rampasan kuasa dari rejim B*****n...pegi temankan adik Fa-iz yang di ipoh mengambilkan kereta barunya...baru tu takla...2nd hand jer tapi puas ati juga la tengok gaya keta ni...senyap jer sekarang Yob!

02 February 2009

Majlis Perjumpaan Bekas Pelajar Pusat Ulumuddin, Lepai (Update!)


Alhamdulillah majlis berakhir dengan begitu sempurna dan meriah seadanya. Tahniah kepada saudara Mujahid atas daya usaha beliau dapat juga mengumpulkan rakan-rakan lama yang lebih 12 tahun juga Fa-iz tak bersua muka antaranya saudara Nasir, Haslizam, Yusoff dan Amir (Amir - masa diberitahu mula-mula Fa-iz memang tak dapat nak cam siapa la mamat ni). Lain-lain yang hadir ialah saudara Mujahid, Mamat (aku lupa nama betui hang mat!) Shuib, Sodri, Syazwan, Rashidi, Zulhazri dan Kaman.

Majlis dimulakan dengan menyediakan hidangan tengahari dan BBQ serta acara bebas di sungai. Sementara kaum ibu pula hanya perlu menjaga anak-anak kecil dan diberi rehat secukupnya. Dan diakhirnya satu mesyuarat telah diadakan yang sebulat suara telah memutuskan satu jawatankuasa penaja dibentuk bagi mewujudkan Persatuan Bekas Pelajar Pusat Ulumuddin (PELADIN).

*Maklumat lanjut butiran mesyuarat / aktiviti akan disiarkan dalam blog Peladin.


************************************************

Satu majlis perjumpaan bekas pelajar-pelajar Pusat Ulumuddin atau dikenali jua sebagai Madrasah As-Saadah Al-Islamiah sedang diatur bagi mengumpulkan pelajar-pelajar yang pernah melanjutkan pengajian di sini. Maklumat awal tentang majlis ini adalah seperti berikut :

Masa : 9.00 pagi
Tarikh : 27 Januari 2009
Tempat : Sungai Congkak, Hulu Langat

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saudara Mujahid di talian 019-3375490 atau Mamat 012-7557156.

Suka atau tidak layan jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@ Result