Kebanggan Fa-iz Sekeluarga

31 August 2008

Jejak Kasih (Siri I) - Update!

Salam Ramadhan buat semua sahabat.

Pada kesempatan ini diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini dapat dipenuhi dengan amalan-amalan sunat dan lebih baik dari bulan Ramadhan yang lalu.

Mengimbau kembali zaman pra-remaja teringat zaman belajar di sebuah "sekolah pondok" di daerah Kota Star yang terletak di antara jalan Bukit Pinang - Langgar. Banyak sekali pengajaran yang diperolehi sepanjang menuntut ilmu agama di sekolah ini. Satu dinamakan Madrasah As-saadah dan satu lagi dinamakan Madrasah Al-Irsyadiah. Sesekali terkenangkan sawah padi, panjat pokok rambutan, mandi sungai, meredah 'bah', naik motor kapcai pastinya teringat tempat yang dinamakan Lepai ini.

Paling tidak dilupakan kawan-kawan yang turut sama berjuang semasa dalam zaman pengajian "sekolah pondok" ini. Teringat pada zam, shidi, husni, mujahid, pakya, cikgu lah, zahir, nasir (chet), sir jaafar, zaki saad, din pisang, zamri, adi belacan, awang, tebuan, wan tepui, din kura, pendek, shuib, rozek, sodri, haikal, asri, shahrin sawai antara pelajar dan penduduk berhampiran sekolah ini. Tidak dilupakan juga pelajar yang di luar Kedah antaranya zul dan adiknya, kaman, sopi, yuz, mamat, atan, abang din, azrul penang dan kakaknya, madihah dan adik-adiknya, bob sungai petani, ilyas tebu, reza dan lain-lain yang namanya tercicir dari senarai ini maklumlah tahun 1994 adalah tahun terakhir aku disini. 1994 - 2008, 14 tahun mana mungkin lagi dapat mengingati kesemuanya. Yang ada dalam ingatan inipun sekadar dapat mengingati nama sahaja, berselisih bahupun belum tentu dapat dikenal.

Cuma dari senarai diatas ini, sebahagiannya telah dapat aku hubungi terutamanya ketika menjemput ke majlis perkahwinan aku pada tahun 2006 yang lalu. Antara yang hadir masa tu zul dan mujahid dan selang beberapa bulan lepas tu aku seisi keluarga pula pergi ke kenduri zul. Terbaru aku jumpa mamat JB di masjid negara, bini majistret tuuuuu. Masa balik kampung bini aku raya cina tahun ni aku berkesempatan jumpa husni, din kura, shuib, kaman, azrul kat rumah/tempat masing-masing. Zam, sodri ngan zaki saad aku dah ada berbalas mesej tapi tak kesempatan lagi nak jumpa lagi. Wan tepui, shidi aku ada juga jumpa masa diorang promote MLM kat aku. Beriya-iya nak jumpa aku ingatkan nak tanya khabar aku tup tup mintak join MLM diorang cehhhh terkena aku.

Itu je la mesej aku kat sini, saja nak cari kengkawan. Siri I ni aku khaskan untuk budak Lepai, siri II aku nak cari budak Titi Besi dan seterusnyala aku cuba menjejak kasih dengan semua rakan taulan yang pernah menjalin persahabatan ngan aku. Sebagai menyahut cabaran ko mamat, aku siarkan gambar2 budak "sekolah pondok" yang adalam simpanan aku. Aku rasa ada lagi gambar2 dalam simpanan aku tapi ntah ke mana la agaknya. Paling aku ingat gambar posing ala-ala 4u2c kat tengah bendang. Aduuuuh kena carik tue...



UPDATE!
Ni gambar-gambar yang baru aku jumpa...selak pi selak mai alhamdulillah jumpa gak...tapi gamba ko jugak yang aku takdak mamat...hahahah

Pak yeh dimana kamu sekarang ya? Kamu meniaga tebu lagi tak?

Dah jumpa...gambar ni la yang aku bgtau ala-ala 4u2c ni...ni silap-silap boleh buat cover album ni...

Pehhhh...Mak ndak bila dah posing maut ngan spek mata hitam...mamat duo orang belakang yus tu sapa ek...lupa la...apa namaaaaa...

1 comment:

Anonymous said...

Pergh.. Nostalgia beb! Aku ada gak lambar lama-lama kat pondok dulu...

Suka atau tidak layan jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@ Result