Kebanggan Fa-iz Sekeluarga

05 September 2008

Jejak Kasih (Siri II)

Jeng jeng jeng...

Siri kedua kali ini aku fokuskan kepada kengkawan di SMAD Titi Besi, Kepala Batas. Sekolah ini terletak kira-kira 10 KM dari bandar Alor Star berhampiran sangat dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Aku start masuk sekolah ni pada penghujung 2004 dan ditempatkan di tingkatan dua, kira-kira beberapa minggu je lagi nak periksa hujung tahun. Di sini bermulalah era persekolahan formal aku dan sepanjang di sekolah ini juga beberapa kali jugakla aku keluar masuk asrama (bukan kena buang asrama tau tapi kengkononnye nak fokus belajar). Boleh kata satu kejutan budaya jugak la kat aku bila belajar kat sini.

Tahun 2005 aku amik PMR dan alhamdulillah taklah mengecewakan sangat bolehlah 2A. Ok per belajar setahun jer beb!. Masuk form 4 aku berulang dari rumah di Taman Mahsuri, Jitra. Dan tahun ni pun aku ada amik exam arab (SMRA) dan alhamdulillah resultnya pun ok aku dapat maqbul jer. Okla tu!. 1997 aku kembali ke asrama masa tu parent semua dah balik ke N9 tinggallah aku sensorang kat sana. Tahun tu jugak aku amik SPM dan resultnya taklah gempak sangat tapi steadyla. Kalau susun ikut ranking laki-laki aku dok top ten jugakla. Hehehe. Tapi yang paling aku ingat, tahun tu raya haji tak balik sebab nak dekat ngan periksa. Aku balik raya rumah Mat Zaki Saad kat Pokok Sena.

Masa dok asrama memang banyak kenangan. Teringat aku kat ustaz Kamil dan arwah ustaz Long. Hari-hari kena ligan kalau tak pergi sembahyang kat surau. Kalau dapat kat diorang alamat berbiratlah kat kaki. huhuhuh...sian kat aku. Tapi yang paling best bila time outing, memang tak pernah nak balik ikut waktu yang ditetapkan, paling tidak pun kitorang balik masa lepas abis prep. Lubang kat pagar kat hujung bangunan tu lah yang jadi port kitorang masuk. Dan yang paling best sepanjang penglibatan aku alhamdulillah tak pernah kantoi lagi la. Huhuhu.


Ni otai asrama ni...huhuhu. Kamcing diorang ni ngan ustaz Kamil tapi geng aku balik malam jugak ni...sebab tu aku tak kantoi...hehehe. Gambar ni masa kita orang gi Bukit Hijau masa tu aku baru dapat lesen. Sewa kereta sebijik ronda dari pagi sampai malam.


Ni pulak kat bilik ketua dorm, port bebudak malas pergi surau, konfom waden pun tak kacau bilik ni. Ketua konon! Hampehla korang!

Banyak dengan diorang ni aku dah lost contact, entahla masing2 dah bawa diri. Setakat yang aku pernah jumpa lepas abis sekolah dulu antaranya wan lah (MPI), fakhrul, zaki yaman, hanif (Kisdar), spotlight (Seremban) tapi itu pun 7-8 tahun dulu. Wan lah masa kat MPI dulu selalu jugakla aku jumpa tapi bila dah posting ke mana entah dia pun terus hilang. Cuma yang aku dah jumpa dalam tahun ni Mat Deris dan adiknya. Kebetulan umah Mat Deris kat Tokai ni dekat ngan kampung Pak Mertua aku.

Last sekali, takziah aku ucapkan kepada keluarga arwah ustaz Long, ustazah Khairiah, Pak Cha dan lain-lain yang telah kembali ke rahmatullah. Al-fatihah.

1 comment:

bksempoi said...

salam...
terkenang balik memory masa kat SMAD. tambah2 geng asrama dari form 1 thn 2001-2003. form 3 la paling syok sekali. ntah la. mungkin da tau kot mmg nak kena pindah bila time form 4. kekawan tu x kisah sgt yg lost contact. tp nk rasa balik tido kat asrama B2... dulu katil kayu... cikgu2 pun lawa2.ustad kamil: rindu la sebat dia. selalu geng2 yg kantoi subuh kena. ustad rafendi mmg x leh sebut nama dia. jap g datang la.... makcik tukang masak asrama. pakci dewan makan kayuh beca hantar makanan ke asrama pompuan, sblum 2003 makan atas lantai yg kekadang mmg terlalu kotor. 2001 pengemis air... gejala kudis sbb air mandi kotor. mandi ramai2. org pompuan usha, buat dek ja. kapal terbang naik turun dah x peduli... form 1 sekolah petang...turun silat pukul 3 pg. waktu sekolah tido...waktu prep tunggu loceng bunyi pukul 11...pinggan, kain basah, seliper, dll selalu hilang...makmal khb ada macam xda...bunyi lantai kayu bangunan lelaki...tembok zink memisah asrama n sekolah, pepagi kena nyanyi...hari isnin makan ayam...rabu lauk daging, kamis sarapan air milo...arghhh..mmg xleh lupa ar..

Suka atau tidak layan jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@ Result