Dua hari lepas Fa-iz menerima sms dari mak saudara, Mak Mah adik kepada ibu. Sms tersebut menyebut tentang satu perhimpunan seluruh keluarga kepada adik beradik Allahyarham Wan Mohamed bin Wan Ismail sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut 01 atau 02 Oktober bulan hadapan. Majlis tersebut bakal diadakan di Dewan Orang Ramai Bandar pada hari Ahad 19 Oktober.
Bagi Fa-iz perhimpunan keluarga sebegini ini memang amat dinanti-nantikan kerana melaluinya kita dapat mengenali antara satu sama lain dan merapatkan silaturrahim. Bayangkanlah anakanda kepada Wan Mohamed saja dah 10 orang dan cucu-cucu dah hampir 50 orang. Berkumpul pula bersama-sama keluarga adik beradik Wan Mohamed yang lain. Satu perhimpunan besar keluarga yang dijangka menjangkau lebih 500 orang rasanya.
Semoga usaha pihak penganjur ini berjaya dan berjalan lancar. Teruja sangat nak berhari raya!
No comments:
Post a Comment