Tanggal tarikh 26 Ogos pada tahun 2006 maka berakhirlah zaman bujang aku dan kini dalam diam tak diam sudah dua tahun aku bergelar suami dan ayah kepada dua orang anak-anakku. Ada orang berpendapat tempoh berumahtangga dari tahun pertama berkahwin hingga ke tahun kelima adalah tempoh yang mencabar dan banyak dugaan. Alhamdulillah aku hampir melalui separuh daripadanya tapi secara peribadi aku tak mempercayai pendapat tersebut, aku percaya rezeki, jodoh dan ajal maut semuanya terletak pada ketentuan Ilahi. Namun, usaha memperkukuhkan ikatan kekeluargaan, kasih sayang sentiasa berterusan dan menjadi agenda dalam kehidupan. Ditambah pula dengan kehadiran dua permata kami Riaszahra dan Uwais Razique menambahkan keceriaan dalam rumahtangga kami.
Yaaa 26 Ogos...sana sini banyak orang memperkatakan tarikh ini...samada suratan atau satu kebetulan. Tarikh ini pasti diingati andai tsunami politik yang melanda dalam PRU-12 terus hangat lagi. Perubahan yang ditunggu-tunggu sejak era reformasi yang tercetus pada tahun 1999 tak dapat dibendung lagi. Rakyat mahukan perubahan...Menuju Kebahagiaan!
Ya Allah Ya Tuhanku! Kau lindungilah diriku, keluargaku dan negaraku dari sebarang malapetaka. Kau berkatilah kehidupan kami, Kau ampunkanlah dosa-dosa kami. Berikan kami petunjuk ke jalan-Mu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Kau tunjukkan pada mereka jalan-Mu Ya Allah agar mereka dapat mentadbir negara ini dengan selamat, aman, makmur dan seterusya mendapat rahmat-Mu. Aku berserah pada-Mu. Amin Ya Rabbal Alamin. Takbir! Allahuakbar!
No comments:
Post a Comment