Kebanggan Fa-iz Sekeluarga

06 August 2008

Hikmah Tahnik dan Tahliq

Riaszahra semasa ditahnik oleh datuknya
Daripada Abu Musa, katanya: Aku mendapat anak lelaki, lalu aku bawa dia kepada Nabi (sallallahu alayhi wasalam) dan baginda namakan dia dengan Ibrahim dan mentahnikkannya dengan sebijik kurma. Imam Bukhari menambahkan: Nabi s.a.w. doakan untuknya keberkatan, kemudian baginda serahkan dia kembali kepadaku”.
HR Bukhari dan Muslim


Uwais Razique yang ditahnik oleh yang berbahagia Ustaz Hashim Jasin

Tahnik & Tahliq


Tahnik
maknanya menggosok kunyahan tamar dengan telunjuk kanan pada gusi dan langit-langit bayi yang baru lahir. Gerakan ke kiri dan ke kanan bahagian dalam mulut bayi hendaklah dilakukan dengan lembut sehingga sampai manisan korma itu ke semua bahagian dalam mulut. Jika tidak ada kurma (tamar), boleh juga digunakan benda-benda manis lainnya seperti madu.

Dan di antara hikmah tahnik ini ialah supaya memperkuat otot-otot mulut, gusi dan langit-langit bayi yang tidak lama kemudian akan menghisap dan menyedut keluar susu ibunya. Dan adalah afdhal (lebih baik) jika yang melakukan tahnik ini orang yang dipandang lebih taqwa dan lebih saleh sebagai mengambil keberkatan dengan harapan semoga bayi tersebut kelak juga memiliki sifat-sifat yang terpuji. Dan mungkin atas dasar inilah para sahabat banyak yang meminta jasa baik Rasulullah s.a.w. untuk mentahnikkan anak-anak mereka yang baru lahir sebagaimana diberitakan dalam hadis.


Tahliq pada hari ketujuh kelahiran (Riaszahra)

Tahliq maknanya mencukur habis rambut bayi hingga botak samada bayi lelaki atau bayi perempuan. Sebaiknya tahlig ini dilakukan pada hari yang ketujuh daripada kelahiran. Rambut tersebut hendaklah ditimbang dengan emas atau perak atau wang yang kemudian jumlah itu disedekahkan kepada fakir miskin.

a. Hikmah Kesihatan :
Pencukuran itu dapat memperkuat penglihatan, penciuman dan pendengaran bayi serta dapat menghilangkan keracunan pada pori-pori rambutnya. (Lihat kitab: Tuhfatul Maudud dan Tarbiyah Al-Awlaad).

b. Hikmah Kemasyarakatan :
Bersedekah sejumlah wang yang ditimbang sama berat dengan rambut bayi itu kepada fakir miskin atau sesiapa yang berhak menerimanya mengandungi unsur-unsur kemasyarakatan. Diharapkan semoga setelah bayi itu dewasa kelak ia akan menjadi manusia yang dermawan dan suka menolong anggota masyarakat yang kurang bernasib baik.
Daripada Anas Bin Malik ra katanya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menyuruh agar mencukur kepala Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka, lalu mereka pun dicukur dan selanjutnya disedekahkan perak seberat rambut itu. (HR Yahya Bin Bakir)

Dan dalam hal ini Rasulullah s.a.w. telah melarang Al-Qaza’ iaitu mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain.

Daripada Abdullah Bin Umar ra katanya: Rasulullah s.a.w. telah melarang daripada Al-Qaza’. (HR Bukhari dan Muslim)

Al-Qaza’ mencakupi empat jenis:
  • Menggunting rambut bayi sejemput sini dan sejemput sana (tidak teratur)
  • Menggunting atau mencukur bahagian tengah kepala bayi dan membiarkan rambut bahagian tepi kiri dan tepi kanannya.
  • Menggunting atau mencukur bahagian tepi kiri dan kanan, tetapi membiarkan bahagian tengahnya.
  • Menggunting atau mencukur bahagian depan kepala bayi dan membiarkan bahagian belakangnya atau sebaliknya (jambul)
1. Di antara amalan yang digalakkan oleh Islam ketika bayi baru lahir ialah: (Bisyarah atau Tahniah, Azan dan Iqamah, Tahnik dan Tahliq. (Akikah-Tasmiah-Khitan akan menyusul).

2. Walaupun amalan di atas hanya sunat hukumnya, namun umat Islam tidak wajar mengabaikannya. Lebih-lebih lagi dalam menghadapi dunia yang serba mencabar ini. Semoga dengan melakukan sunah-sunah Nabi tersebut anak-anak kita akan menjadi anak-anak yang saleh dan dilindungi Allah.

3. Segala panduan-panduan yang datang daripada Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam) pasti baik. Termasuklah bagaimana cara kita membentuk anak sejak kecil lagi agar mereka menjadi anak-anak yang soleh.

Rujukan : http://www.al-nidaa.com.my

1 comment:

Anonymous said...

Askm.. nnti nk minta pilihkan satu baju utk kak fizah.. pilih kat blog nie http://miaffagroup.blogspot.com/2008/07/busana-umaira.html.. nnti angah byr.. angah order dr sini... tgk kat busana aisyah or busana umairah.. ke kak fizah x pakai bj mcm tue... pastu size skali...

Suka atau tidak layan jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@ Result