Sebelum itu suka Fa-iz war-warkan satu majlis gotong royong membersihkan kawasan sekitar rumah ayahanda akan diadakan pada 13 Jun 2009 pada pukul 9.00 pagi. Majlis ini dianjurkan bersama penduduk setempat dan rakan taulan ayahanda.
Hari Harta Intelek Negara 2009 yang bertemakan Pengetahuan Tradisi (Traditional Knowledge). TK merujuk kepada pengetahuan hasil dari kegiatan intelek dalam konteks tradisional yang meliputi kemahiran, inovasi, amalan dan pembelajaran bidang pertanian, persekitaran, pengetahuan perubatan dan pengetahuan berasas sumber genetik. Syabas kepada seluruh warga MyIPO yang bertungkus lumus menjayakannya dengan penuh komited dan dedikasi. Syabas dari Fa-iz!
Sebagai pengguna Fa-iz sarankan agar membuat perbandingan harga sebelum membeli barangan harian. Kempen "Turun Harga", "Harga Rendah Setiap Hari" atau sebagainya janganlah kita percaya bulat-bulat kerana Fa-iz ada buktinya.
26 April setiap tahun merupakan Hari Harta Intelek yang disambut di seluruh dunia. Tarikh ini memberi pengiktirafan kepada para perekacipta, pengkarya hasil seni dan sebagainya. Setiap harta intelek adalah aset penting kepada setiap pemunya hak. Oleh itu kesedaran perlu dipupuk kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya mereka yang terlibat dengan harta intelek.
Tarikh 21-22 Februari Fa-iz berkesempatan untuk hadir dalam satu kursus yang dinamakan Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC). Setelah beberapa kali tertangguh untuk menghadiri kursus sebegini akhirnya Fa-iz akur dan dapat juga melaksanakannya.