Tarikh 21-22 Februari Fa-iz berkesempatan untuk hadir dalam satu kursus yang dinamakan Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC). Setelah beberapa kali tertangguh untuk menghadiri kursus sebegini akhirnya Fa-iz akur dan dapat juga melaksanakannya.
Banyak modul yang telah disampaikan dan antara yang paling menarik perhatian Fa-iz ialah berkaitan Modul Produk Halal Haram yang ada di negara kita ini. Dari senarai barangan pengguna yang dikeluarkan boleh dikatakan hampir keseluruhannya amat diragui dari segi halal haramnya.
Mencari barangan berlogo halal tidaklah terlalu sukar untuk kita peroleh di pasaran. Tapi adakah kita yakin barangan tersebut benar-benar halal. Menurut Jakim, 80% pemilik sijil halal adalah terdiri daripada syarikat bukan Islam. Yakinkah kita mereka ini amanah dalam memelihara sijil halal yang mereka perolehi? Banyak laporan akhbar yang kita baca dengan jelas bagaimana dengan mudah mereka memanipulasikan sijil halal.
Atas kesedaran inilah, selepas menghadiri PBC ini Fa-iz manfaatkan segala maklumat yang diterima untuk disalurkan kepada rakan-rakan. Insyallah ada ruang dan peluang akan Fa-iz war-warkan kemudian.
"Produk Halal Tanggungjawab Bersama"
No comments:
Post a Comment