Kebanggan Fa-iz Sekeluarga

07 August 2009

Kenangan semasa kecil di Pulau Lumut

Entahla kenapa sejak akhir-akhir ini semangat untuk Fa-iz mengimbau kenangan semasa kecil begitu kuat. Baru semalam Fa-iz mengimbau kenangan bersama dua pupu semasa kami kecil, tetapi sedang sibuk membuat kerja ofis sambil menyelak-nyelak koleksi gambar dalam pc terjumpa pula dua keping yang Fa-iz kira ada nilai sejarah yang tersendiri. Lantas Fa-iz buat bandingan antara keduanya dan satukannya.
Surau Al-Muhammadiah, Kg. Teluk Nipah di Pulau Indah yang mana dahulunya dikenali sebagaiPulau Lumut. Surau ini diwakafkan oleh arwah atuk Fa-iz untuk kegunaan penduduk kampung. Satu masa dahulu atuk Fa-iz adalah guru agama di sini.
Lebih kurang 15 tahun dahulu tiada jalan masuk untuk ke pulau ini, hanya sampan atau bot menjadi pengangkutan rasmi, teringat semasa kecil begitu terujanya untuk balik ke kampung. Sebenarnya Fa-iz sendiri kurang pengalaman disini kerana arwah atuk meninggal dunia ketika Fa-iz baru berusia 4 tahun (1984).
Hanya kepingan gambar-gambar yang dapat mengimbau Fa-iz bersama arwah atuk. Selepas atuk tiada rumah dan surau ini diselenggara oleh Mak Yan dan adik beradik ibu yang lain. Sambung...

04 August 2009

Dua pupu dan tiga pupu

Rias bersama Tiga Pupu

Majlis akikah anak Boboi (kiri) dan kanan Rias bersama Akil (anak Udin)

Akhirnya Fa-iz dapatkan juga card reader selepas kabel kamera entah hilang kemana. Pada penghujung bulan Julai Fa-iz seisi keluarga berkesempatan hadir ke majlis akikah di Kolej Jati, UiTM, Shah Alam. Rumah maklang Yati (sepupu ibu).

Boboi (dua pupu Fa-iz dan juga panggilan semasa dia kecil) kini sudah punyai anak juga. Bila dikenang semula, kami yang sama-sama membesar semasa kecil dahulu kini semua sudah mempunyai tanggungjawab sendiri. Teringat saat zaman kecil kami bermain di rumah atok Usop di Kampung Kundang mahupun di Sg. Pinang, Klang. Bersama-sama ucu Tajul, auntie Linda, Udin, Deli, Boboi, Noren dan lain-lain berkejaran sekeliling rumah dan sebagainya. Itulah kami, zaman kanak-kanak yang sangat ceria bila diingati. Namun bila remaja dan lepas belajar masing-masing buat hal sendiri. Yang ada hanyalah tinggalan kepingan gambar yang mengisahkan 'keakraban' kami semasa kecil.

Fa-iz ketika kecil bersama dua pupu dan auntie dan ucu


Ekspo Agro Bio-Tech


Pada hujung minggu yang sama, Fa-iz berkesempatan pergi ke tapak Ekspo Agro Bio-Tech yang berlangsung di bekas tapak kem Paroi.

01 August 2009

Selamat Hari Lahir

Lilypie - Personal pictureLilypie

Alhamdulillah, hari ini 01 Ogos merupakan hari lahir Fiza. Teman Fa-iz sejak berumahtangga lebih 2 tahun yang lalu. Terima kasih atas pengorbanan menjaga anak-anak dan memahami kehidupan kita. Sayang, Selamat Hari Lahir.

28 July 2009

N9futbol.com

Terjumpe pulak gambar ni dalam pc. Memula tadi nak transfer gambar-gambar yang diambil semasa Ekspo Bio-Tech sempena Hari Peladang berhampiran rumah Fa-iz. Puas mencari kabel yang menyambungkan kamera - komputer. Sampai ke sudah tak jumpa jugak. Begitulah kebiasaannya time kita tak memerlukannya bersepah di depan mata tapi bila nak menggunakannya hilang entah ke mana.

Gambar di atas ini adalah Majlis Santai yang dihadiri Fa-iz bersama kawan-kawan dari N9futbol yang bertujuan merapatkan silaturrahim antara sesama ahli keluarga. Komuniti yang terbina sejak 5 tahun lalu kini semakin berkembang dan Fa-iz antara yang sama-sama terawal dalam komuniti ini merasakan akan kemajuan yang dialami.

Tahniah untuk diri sendiri! hehehe

21 July 2009

Hari Ini Cuti

Fa-iz EL hari ni! perlu menghantar Ajit dan Rias ke klinik kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan bulanan mereka. Ajit mendapat satu suntikan manakala Rias hanya pemeriksaan biasa. Aghhhhh...tensionnya!!! bayangkan hanya untuk urusan itu sahaja lebih dua jam diperlukan untuk selesai? Bukan Fa-iz tak dapat terima orang yang ramai di klinik tapi melihat kepada prosedur yang dilakukan seperti ada yang tak kena sepatutnya mereka kena permudahkanlah...orang ramai so kenalah kurangkan prosedur, ini tidak masuk bilik sana masuk bilik sini...tunggu, tunggu dan tunggu (bila tunggu berjam pulak tu)...Ahhh pening kepala malaslah nak fikir!

Sebelah petang Fa-iz ke pejabat ROS di bangunan YNS. Sekarang ini Fa-iz dalam proses perbincangan dengan kawan-kawan untuk menubuhkan sebuah e-fans club. Setelah difikirkan sedalam-dalamnya ada baiknya e-fans ini didaftarkan memandangkan usia e-fan ini dah lebih 5 tahun. Sukar sebenarnya untuk kami bergerak dalam 'komuniti' yang tak ada hitam putih ini. Inisiatif ini Fa-iz usahakan agar e-fans ini dapat seiring dengan kelab-kelab yang seumpamanya. Hasil pertanyaan Fa-iz dengan staff ROS ini sedikit sebanyak membuka jalan untuk Fa-iz belajar bagaimana cara untuk mendaftarkan pertubuhan walaupun sebenarnya Fa-iz agak kurang berpuashati dengan cara penerangannya. Apa yang diterangkannya hanya meng'confirm'kan apa yang telah Fa-iz perolehi dari internet. Bila tanya lebih detail lagi jawapannya daftar dulu nanti baru boleh bincang dengan pegawai.

*Terima kasih pada Zul dan Naz yang sudi menemankan Fa-iz ke pejabat ROS.

06 July 2009

Coming Soon...Insyallah


Doakan semuanya dalam keadaan sihat baik Fiza mahupun kandungannya, juga diberikan kekuatan dalam mengharungi kehidupan seharian bersama kakak dan ajit.

Countdown : Ajit sudah 1 tahun




10 Julai ini maka genaplah usia Fa-iz Jr., Uwaiz Razique satu tahun, hanya beza sekitar 2 minggu sahaja dari birthday kakaknya (23 Jun). Di usia ini Ajit masih tak pandai bertatih hanya baru pandai merangkak. Berdiri dan berjalan sambil menyusuri meja, kerusi, tv dan seterusnya melekat di dinding. Duduk dan merangkak ke dapur mencari bondanya. Senyuman yang manis tapi saat seriusnya masam mencuka. Duduk dan berdirinya sudah sama tinggi dan kakaknya dan saling membuli antara satu sama lain.

SKS : Pucuk Dicita Ulam Mendatang

Mulai awal Julai ini Fa-iz tak perlu lagi ke Terminal 1 untuk mengambil bas ke KL sebaliknya SKS telah menawarkan khidmat mengambil penumpang berhampiran rumah Fa-iz. Tahniah SKS!

01 July 2009

Happy Birthday Kakak - 23.6.2009



Rasanya tidak terlewat untuk abah dan bonda ucap happy birthday kat kakak. Sedihnya kali ini sambut besday di wad KPJ Seremban. Ringkas cerita, 3 hari selepas abis kenduri kahwin adik Fa-iz kakak Rias masih tidak 'kurang' demamnya walaupun sudah mengambil ubat demam yang mana mula dikesan pada malam kenduri (20 Jun). Mungkin cuaca yang agak panas dan kesibukan kakak bermain hingga menyebabkan badannya panas. Malam tu ketika Fa-iz sibuk pasang signboard jalan ke rumah, kakak muntah-muntah tidak kurang dari 3 kali. Pukul 3 pagi Fa-iz bawa ke klinik berhampiran.

Esok dan lusanya sibuk kenduri dan ke Melaka, keadaan kakak on-off dengan demam panasnya. Tiga hari selepas kenduri masih tak ada kurangnya Fa-iz terus decide hantar pergi check di Hospital Pakar Seremban (KPJ) hasilnya doktor kesan ada sedikit kuman di paru-paru kakak.

Genap seminggu dari hari kenduri - Kakak Rias dibenarkan keluar selepas 4 malam di wad bersama bondanya di sana. Mujurlah ada mak mertua Fa-iz masih tidak pulang lagi ke kampung dapatlah juga sama-sama tolong menjaga Ajit. Memang banyak dugaan selepas kenduri adik Fa-iz ni. Pada masa yang sama ayahanda Fa-iz juga demam teruk (suspek denggi), minggu ni boleh dikatakan mamang minggu yang agak sibuk dan runsing juga bila memikirkan ayahanda dan anakanda sakit. Mujurlah kini semuanya sudah sihat alhamdulillah.

28 June 2009

Terima Kasih dari Kami Sekeluarga

Bagi pihak ayahanda, bonda dan seluruh anggota keluarga Fa-iz, kami merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada saudara-mara, jiran tetangga khususnya komuniti penduduk Taman Paroi Jaya dan Taman Palma Jaya Perdana. Juga kepada rakan-rakan ayahanda terutamanya rakan usrah Taman Dusun Setia. Paling tidak dilupakan Unit Amal Malaysia cawangan Negeri Sembilan dan semua individu-individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Kenduri Perkahwinan Anakanda Tuan Haji Mustafa bin Dolah pada 20 Jun 2009.

Ribuan terima kasih juga kepada mereka yang sudi meluangkan masa untuk hadir antaranya Dato' Yusof Dato' Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, YB Amiruddin, YB Taufek, Saudara Badrul Hisham dan seluruh kenalan ayahanda yang hadir samada yang jauh dari utara semenanjung mahupun dari pantai timur.

Terima kasih dari keluarga pengantin
Tuan Haji Mustafa & Ziti Zalaihah
Anak-anak
Ahmad Faizz & Norhafizah
Ahmad Farid Fadhli
Ahmad Ibad Muqarrab
Cucu-cucu
Riaszahra
Uwais Razique

Terima kasih juga dari pasangan pengantin
Izdzatun Nasyiah & Helmee

02 June 2009

Countdown : Riaszahra 2 tahun

21 hari lagi...

23 Jun ini genaplah 2 tahun usia kakak, 3 hari selepas makngahnya (panggil umi) melangsungkan perkahwinan. Dalam usia menghampiri 2 tahun kakak sudah memahami apa yang abah dan bondanya arahkan atau bualkan dan cukup mencuti hati kami dengan aksi tersendiri apabila menonton siri-siri kegemaran seperti Tom Tom Bak, Wonderpets dan Macam-Macam Aznil. Lebih daripada itu cukup beremosi apabila menonton drama airmata. Itulah antara ragam Riaszahra menjelang usia 2 tahun ini. Buah hati abah dan bonda. Flying kiss dari abah untuk kakak...mmmmuah mmuahhhh...

21 May 2009

Jemputan ke Majlis Perkahwinan Adik Perempuan Fa-iz

Fa-iz bagi pihak ayahanda dan bonda serta seluruh ahli keluarga menjemput saudara-saudari ke Majlis kenduri kahwin adik perempuan Fa-iz seperti yang tertera dalam kad di bawah ini. Rumah ayahanda hanya kurang 5 minit dari tempat tinggal Fa-iz sekarang.

Sebelum itu suka Fa-iz war-warkan satu majlis gotong royong membersihkan kawasan sekitar rumah ayahanda akan diadakan pada 13 Jun 2009 pada pukul 9.00 pagi. Majlis ini dianjurkan bersama penduduk setempat dan rakan taulan ayahanda.

24 April 2009

Fa-iz & Etnik Malaysia

Hari Harta Intelek Negara 2009 yang bertemakan Pengetahuan Tradisi (Traditional Knowledge). TK merujuk kepada pengetahuan hasil dari kegiatan intelek dalam konteks tradisional yang meliputi kemahiran, inovasi, amalan dan pembelajaran bidang pertanian, persekitaran, pengetahuan perubatan dan pengetahuan berasas sumber genetik. Syabas kepada seluruh warga MyIPO yang bertungkus lumus menjayakannya dengan penuh komited dan dedikasi. Syabas dari Fa-iz!

14 April 2009

Salam Bulan April

Ahhhh...letih rasanya minggu ini...tinggal seminggu lebih lagi sambutan Hari Harta Intelek Negara bakal berlangsung...hingga tak sempat untuk Fa-iz mengemaskini blog ini...3 minggu tanpa apa2 tulisan...walaupun sebenarnya banyak perkara yg terjadi...dari cerita PRK Bukit Gantang, PM dan kabinet yang baru, rusuhan penyokong bola hinggalah kepada Uwais Razique yang dah pandai merangkak...

Hujung bulan Mac aritu tok dengan tokwan (gambar) Kakak ngan Uwais (bapa ngan mak mertua Fa-iz la...) datang menjengah mereka...hampir 2 minggu mereka disini...melihat keseronakan mereka dapat berjumpa cucu2 rasa terharu di hati memandangkan sepatutnya Fa-iz yang sepatutnya balik menjengah mereka...Moga mereka faham keadaan kami di sini...sungguhpun demikian kami sentiasa mendoakan kesihatan ayah dan mama di kampung...Insyaallah ada rezeki dan kelapangan kami pasti akan balik ke Simpang Empat, Perlis...

Masuk saja bulan April Fa-iz mula sibuk dengan kerja-kerja berkaitan HHIN '09...macam biasa kali ini ditugaskan sekali lagi mengendalikan beberapa seminar yang berlangsung ketika itu...Ahhh poning...11 seminar dalam masa 5 hari! Apakan daya demi tugas dan tanggungjawab Fa-iz perlu melaksanakannya dengan penuh semangat dan dedikasi...tapi...macam mana pulak jika N9 layak ke final Piala FA? HHIN '09 yang berlangsung dari 22-26 April...tarikh final 25hb...hehehehe...pandai2 la kau jangggg!!!
Gambar curi : Kakak dan Ajit yang sedang tido...macam sapa tu haaa ternganga masuk lalat baru tau!

24 March 2009

Jangan Percaya Sangat Kempen Harga Murah

Sebagai pengguna Fa-iz sarankan agar membuat perbandingan harga sebelum membeli barangan harian. Kempen "Turun Harga", "Harga Rendah Setiap Hari" atau sebagainya janganlah kita percaya bulat-bulat kerana Fa-iz ada buktinya.

Kebetulannya sebulan yang lalu Fa-iz sekeluarga menjengahlah ke pasaraya terkemuka ini untuk mendapatkan barangan keperluan tetapi kadang2 tu window shoping jer. Jalan-jalan...tup tup bila terpandang harga susu kakak ni rasa macam ada sedikit pelik. Dalam hati dah kata "Kalau tak silap harga susu ni dalam lingkungan RM19-RM21 jer". Aikk! kata harga murah setiap hari tapi ni lain pulak. Harga minyak dunia dah lama turun, takkan harga susu naik pulak. Bisik hati Fa-iz lagi. Ermmm...nampak gayanya kena kencingla kalau tak buat perbandingan harga. Sebenarnya kalau promosi di pasaraya2 besar ni bukan semua barang dalam tu murah. Ada 2-3 jer tapi hebohnya bukan main. Silap-silap harga dalam katalog yang diedarkan tu pun lebih mahal dari harga di kedai runcit nun kek Palong 8 tu!

Kesudahannya Fa-iz tak jadi beli susu kakak di pasaraya tu, takpala Fa-iz bagitau Fiza malam nanti beli di kedai dekat rumah. So, malam tu Fa-iz pergi ke sebuah pasaraya mini berhampiran dengan rumah. Mungkin rezeki Fa-iz murah sikit, harga kat sini lebih murah dari harga di pasaraya besar, lagi terkejut pek yang dibeli ini percuma 100 gram. Dahla harga murah dapat lebih pulak tu!

Moralnya : Jadilah Pengguna Bijak, Faedahnya Banyak!

20 March 2009

Lirik lagu Mariam Jaga Kambing

Pssttt : Nyanyi dalam loghat nogori...

Mariam jago kambing
Bulu putih beroseh

Mano sajo ia poie
Anak kambing ikut samo

Satu hari ke sekolah
Buek Mariam susah

Murid ketawo riang
Lihat kambing Mariam

Mariam jago kambing
Bulu putih beroseh

psttt : ada sesiapa sudi bantu Fa-iz camne nak masukkan lagu...

19 March 2009

Betul ker? : 12 Ways to Know That You Love Someone

Ada kaitan tak? tepuk dada tanyala diri sendiri...bak kata Nabil...lu pikirla sendiri!

TWELVE:
You talk with him/her late at night and when you go to bed you still think of him/her.


ELEVEN:
You walk really slowly when you are with him/her.


TEN:
You don't feel Ok when he/she is far away.


NINE:
You smile when you hear his/her voice.


EIGHT:
When you look at him/her, you do not see other people around you. You see only him/her.


SIX:
He/She is everything you want to think.


FIVE:
You realize that you smile every time you look at him/her.


FOUR:
You would do anything to see him/her.


THREE:
While you have been reading this, there was a person in your mind all the time.


TWO:
You've been so busy thinking of that person that you didn't notice that number 7 is missing.


ONE:
You are going to check above if that's true and now you are silently laughing to yourself.

Fa-iz : Ketawa dalam hati...huhuhu~

17 March 2009

Menjelang Hari Harta Intelek Negara '09 - Memacu Daya Saing Negara

26 April setiap tahun merupakan Hari Harta Intelek yang disambut di seluruh dunia. Tarikh ini memberi pengiktirafan kepada para perekacipta, pengkarya hasil seni dan sebagainya. Setiap harta intelek adalah aset penting kepada setiap pemunya hak. Oleh itu kesedaran perlu dipupuk kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya mereka yang terlibat dengan harta intelek.

Sambutan Hari Harta Intelek Negara 2009 akan berlangsung pada 23 April hingga 26 April dengan tema Harta Intelek Memacu Daya Saing Negara. Sambutan yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri kita. Pelbagai aturcara telah disusun bagi mengisi perayaan ini antaranya pertandigan rekacipta, pertandingan esei, anugerah harta intelek, pameran, seminar dan banyak lagi menanti para pengunjung Hari Harta Intelek Negara 2009.

10 March 2009

Lagi angkara CS2...hehehe


Hasil yang ntahapo2...tapi okla...belaja tanpa guru dan buku...belum try belum tau kan??? hahaha...

04 March 2009

Datanglah ke Rumah...

Ini bukanlah jemputan kenduri kahwin Fa-iz atau apa2 jemputan makan2...tapi saje nak tunjuk map ke rumah Fa-iz...mana tau tetibe ade nak balik pilah / muadzam / jelebu singgah2la ke teratak Fa-iz ni...landmark yang paling senang diingati ialah berdekatan dengan Stadium Tuanku Abdul Rahman...yuuuup! mana rumahnya...carilah Jalan Kedidi Satu...dekat perkataan JALAN tu...umah faiz dekat2 dengan huruf A yang pertama dalam perkataan jalan...hehehe

Suka atau tidak layan jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@ Result