Sertai...
01 July 2009
Happy Birthday Kakak - 23.6.2009
Rasanya tidak terlewat untuk abah dan bonda ucap happy birthday kat kakak. Sedihnya kali ini sambut besday di wad KPJ Seremban. Ringkas cerita, 3 hari selepas abis kenduri kahwin adik Fa-iz kakak Rias masih tidak 'kurang' demamnya walaupun sudah mengambil ubat demam yang mana mula dikesan pada malam kenduri (20 Jun). Mungkin cuaca yang agak panas dan kesibukan kakak bermain hingga menyebabkan badannya panas. Malam tu ketika Fa-iz sibuk pasang signboard jalan ke rumah, kakak muntah-muntah tidak kurang dari 3 kali. Pukul 3 pagi Fa-iz bawa ke klinik berhampiran.
Esok dan lusanya sibuk kenduri dan ke Melaka, keadaan kakak on-off dengan demam panasnya. Tiga hari selepas kenduri masih tak ada kurangnya Fa-iz terus decide hantar pergi check di Hospital Pakar Seremban (KPJ) hasilnya doktor kesan ada sedikit kuman di paru-paru kakak.
Genap seminggu dari hari kenduri - Kakak Rias dibenarkan keluar selepas 4 malam di wad bersama bondanya di sana. Mujurlah ada mak mertua Fa-iz masih tidak pulang lagi ke kampung dapatlah juga sama-sama tolong menjaga Ajit. Memang banyak dugaan selepas kenduri adik Fa-iz ni. Pada masa yang sama ayahanda Fa-iz juga demam teruk (suspek denggi), minggu ni boleh dikatakan mamang minggu yang agak sibuk dan runsing juga bila memikirkan ayahanda dan anakanda sakit. Mujurlah kini semuanya sudah sihat alhamdulillah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment