Kebanggan Fa-iz Sekeluarga

11 October 2008

Tema Raya 2008/1429

Salam Raya...

Lame Fa-iz tak update blog ni, sibuk sangat dengan kerja yang menimbun-nimbun lepas raya ni...apakan daya kita 'yang menuntut perintah' backlog perlu disetelkan segera...ahhhh tensionnye!

Kisah raya tahun meriah seperti tahun-tahun sebelumnya, bezanya tahun ni kehadiran Uwais, 2006 berdua, tahun lepas bertiga dan tahun ini berempat. Tahun depan ermmm siapa tahu?

Tahun ni Fa-iz beraya sehari je di Perlis selebihnya kami di N9. Alkisahnya sejak kelahiran Uwais bulan Julai lalu Fiza dibawa ke kampung untuk berpantang selama 60 hari, bukanlah tak boleh berpantang di N9 tapi kat sini tak ada sape yang nak boleh uruskan makan minum dan sebagainya bila semua sibuk ngan kerja tambahan lagi mana ngan kami sibuk nak berpindah rumah. Lagi satu orang berpantang ni banyak pantang larangnya jadi kenalah jaga sebaik-baiknya. Jadi keputusannya Fa-iz nak ambil diorang sebelum puasa tapi bila difikirkan dah dekat puasa, alang-alang tunggu sampai raya kan lagi senang? Tak payahla kami nak berulang-alik banyak kali. Mana dengan anak kecil lagi, kos pun agak tinggi.

Sehari sebelum raya Fa-iz masih bekerja tapi mohon pelepasan balik awal. Perjalanan agak lancar walaupun hujan lebat di sesetengah tempat. Pemanduan solo untuk perjalanan lebih 500KM ni memang mengantuk kalau tak cukup persediaan, dua kali jugakla Fa-iz berhenti melayan rasa mengantuk ni tapi Alhamdulillah sebelum maghrib dah sampai di Perlis.

Sambutan Hari Raya Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat

Selepas sembahyang raya, tradisi di kampung mertua Fa-iz ini ialah saling berkunjungan dan bermaafan sambil menjamah makanan yang disediakan. Selepas Zohor kami mulakan langkah kami beraya di rumah kawan-kawan di sekitar Kodiang dan Changloon.

Tema Pakatan Rakyat - Ahaksss


Seawal pagi raya kedua kami dah mula bergerak pulang ke Seremban. Perjalanan awal ini bagi mengelakkan rasa kurang selesa terutamanya pada tengahari nanti. Takut-takut nanti Uwais meragam pada pertengahan perjalanan. Sampai di Seremban jam 2.30 petang, hajat asal nak terus beraya di Kuala Pilah tapi diberitahu majlis keluarga (bacaan tahlil dan jamuan raya pada setiap kali raya kedua mengikut giliran adik-beradik ayah) di rumah makngah dahpun abis maka kami pun batalkan niat tersebut.

Tema Santai - Nak jalan jauh daaa…













Raya ketiga Fa-iz sekeluarga bersama ayah, ibu dan adik-adik beraya di Felda Bukit Rokan di daerah Gemencheh. Rumah nenek saudara ini seakan menjadi tradisi untuk kami sekeluarga akan beraya pada setiap musim aidilfitri.

Tema Baju Melayu - Hari Jumaat sembahyang Jumaat la…


Raya keempat juga Fa-iz sekeluarga bersama ayah, ibu dan adik-adik beraya bersama. Kali ini kami ke Pulau Indah yang dulunya hanya dikenali sebagai Pulau Lumut. Perjumpaan raya yang mengumpulkan seluruh adik beradik ibu sebegini sememangnya jarang dapat berlaku sebelum ini. Perjumpaan ini juga umpama perhimpunan mini keluarga Wan Mohamed.

Tema Jalan-Jalan Cari Makan - Makan bila laparla...

No comments:

Suka atau tidak layan jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@ Result