
Selain menyambut bulan Ramadhan dan Aidil Fitri pada bulan Ogos 2011, hari lahir Fiza dan ulang tahun perkahwinan Fa-iz juga turut diraikan pada bulan ini. Sempena dengan itu, Selamat Hari Lahir Fa-iz ucapkan kepada isteri Fiza, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta dikurniakan kesabaran mendidik anak-anak kita.