Selain menyambut bulan Ramadhan dan Aidil Fitri pada bulan Ogos 2011, hari lahir Fiza dan ulang tahun perkahwinan Fa-iz juga turut diraikan pada bulan ini. Sempena dengan itu, Selamat Hari Lahir Fa-iz ucapkan kepada isteri Fiza, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta dikurniakan kesabaran mendidik anak-anak kita.
Dah masuk Ramadhan 1432H baru nak update blog ni! Bersawang dibuatnya...hahaha...Gambar ini merupakan gambar yang dirakamkan pada 01 Syawal tahun 2010. Buat pertama kalinya Fa-iz sekeluarga beraya di Seremban dahulu sebelum pulang ke Perlis. Cadangnya 2011 ini kami akan pulang awal seminggu sebelum Syawal...so takdelah gambar macam ni untuk tahun ni...
Posting ini ditulis pada : Malam 1 Ramadhan 1432H...hehehe...
Assalamualaikum... Kehadiran blog Fa-iz ini hanyalah untuk mengisahkan kehidupan Fa-iz sekeluarga dan rakan-rakan... Semoga kehadiran blog ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya... Terima kasih diatas sokongan anda semua...